webnovel

Virus Misteri

編輯: EndlessFantasy Translation

Terdapat satu jangkitan virus komputer yang baru dalam pasaran.

Virus itu mencurigakan kerana ianya tidaklah berbahaya. Ia tidak mencuri sebarang maklumat peribadi ataupun menukar tetapan komputer ataupun mengganggu pengguna daripada segi lain.

Satu-satunya perkara yang dilakukannya adalah memperlahankan komputer dan kadang-kadang menghentikan operasi komputer. Ini amatlah menjengkelkan pengguna apabila ianya berlaku.

Dalam generasi yang sepanjang masa bergantung kepada dunia internet, gangguan operasi tanpa jangkaan pada komputer memanglah menyakitkan hati. Sesuatu yang tidak diperlukan.

Tiada komputer yang mahu virus begitu menular pada mereka.

Dengan cepatnya, orang ramai mengetahui bahawa virus itu hanya menular pada komputer yang menggunakan perisian sekuriti daripada Chui Corps iaitu Sekuriti Internet King Kong.

Virus itu akan hilang apabila mereka bertukar kepada perisian berbeza.

Dalam masa dua hari kemudiannya, bilangan orang yang membuang pemasangan dan memulangkan semula Sekuriti Internet King Kong adalah memeranjatkan.

Ini benar-benar mengejutkan Chui Ming. Dia segera menghubungi pasukannya untuk menyelesaikan masalah ini. Namun begitu, tidak kira lah apa jua cara yang mereka lakukan, mereka tidak dapat berbuat apa-apa terhadap virus tersebut.

Jika virus itu tidak diselesaikan, kerjasamanya dengan Empayar Xi hanyalah tinggal angan-angan.

Yang lebih teruk, kerjasama yang menguntungkan seperti ini tidak akan muncul lagi dengan begitu mudah.

Tambahan pula, ini adalah saat yang genting. Dia tidak dapat menunggu sehingga semua klien dan pelanggannya berhenti menggunakan perisian tersebut sementara dia mencari jalan penyelesaian. Dia perlu menyelesaikan isu ini sementara ianya masih hangat.

Malangnya, pasukannya sendiri tidak berguna. Ianya mustahil untuk Chui Ming meminta bantuan daripada syarikat lain.

Dia tiada pilihan lain selain daripada menggunakan forum para penggodam. Dia membuka satu status meminta pertolongan. Sesiapa sahaja yang boleh memusnahkan virus tersebut akan menerima ganjaran yang lumayan.

Xinghe tidak menyangka Chui Ming akan hilang sabar dengan begitu cepat. Dia baru sahaja melepaskan virus tersebut selama dua hari. Chui Ming sudah pun tidak senang duduk.

Dia meneliti balasan pada status Chui Ming dan tidak berbuat apa apa. Status itu walau bagaimanapun telah menarik minat ramai penggodam untuk memberi bantuan.

Tiada sesiapa pun antara mereka yang boleh merawat virus ciptaan Xinghe.

Orang ramai mula curiga. Soalan-soalan juga mula kedengaran. Dari manakah virus itu datang dan mengapakah tiada orang yang berjaya memusnahkannya?

Kekecohan itu akhirnya sampai ke telinga Mubai. Walau bagaimanapun, dia tidak berminat dan tidak mempunyai masa untuk menganalisa virus tersebut.

Lagipun, virus tersebut hanya menyerang perisian Chui Ming. Ianya tiada kaitan dengan Empayar Xi. Jadi, dia tidak perlu terlibat.

Walau bagaimanapun, dia mungkin perlu mempertimbangkan kembali keputusannya untuk calon rakan kongsinya kali ini…

Chui Ming hampir terkencing mendengarkan berita tersebut. Dia begitu marah sehinggakan dia berasa seolah-olah mahu mengoyakkan pencipta virus tersebut kepada cebisan-cebisan kecil.

Dia menaikkan jumlah ganjaran kepada 5,000,000 RMB!

5,000,000 RMB untuk orang yang berjaya membantu syarikatnya memusnahkan virus terebut.

5,000,000 RMB!

Dunia para penggodam menjadi kecoh.

5,000,000 RMB untuk memusnahkan sejenis virus. Ini cara mudah untuk mendapatkan duit. Ramai yang sanggup melakukannya!

Berita itu begitu gempar sehinggakan Xia Zhi juga turut tahu mengenainya.

Xia Zhi sudah kembali dari hospital. Memandangkan dia dalam proses penyembuhan, dia tidak membuat apa-apa di rumah. Dia meluangkan kebanyakan masanya dalam talian sambil mencari peluang mendapatkan duit.

Biji matanya hampir terkeluar daripada soket apabila dia melihat ganjaran yang diberitahu oleh Chui Ming dalam forum tersebut.

Dengan jantung yang berdegup kencang, dia bergegas mencari Xinghe dengan komputer ribanya sekali.

Xinghe sedang sibuk menyediakan makanan tengahari di dapur. Xia Zhi berlari ke dapur dengan pantas dan menyuakan komputer ribanya di hadapan muka Xinghe dan berkata, "Kak, kakak dah tengok ini? Ini ganjaran yang ditawarkan oleh Chui Corps. Mereka akan memberi 5,000,000 RMB kepada sesiapa yang boleh bantu mereka memusnahkan virus. Bolehkah kamu bayangkan, kak? 5,000,000 RMB! Kita akan jadi kaya!"

Kebetulan pula Chengwu berjalan melintasi dapur ketika itu. Dia terdengar kata-kata Xia Zhi dan mengusiknya. "Mereka menawarkan 5,000,000 RMB sebagai ganjaran? Tapi apa kena-mengenanya dengan kamu? Lagipun, dengan ganjaran yang begitu besar, masalah yang perlu diselesaikan pastilah sangat susah. Kamu baru sahaja tamat belajar dan kamu berangan kamu boleh selesaikan masalah yang syarikat besar tak mampu selesaikan? Buat sahajalah apa yang kamu tahu. Sambung main permainan kamu sahaja."

下一章