webnovel

Hasrat yang Membara

編輯: EndlessFantasy Translation

Tidak ada seorang pun yang tahu cerita silam Xinghe. Mereka cuma tahu bahawa Xinghe ialah pelajar contoh daripada Fakulti Matematik Akademi S.

"Saya memang pakar komputer sejak kecil lagi, saya bertambah baik lagi selepas beberapa tahun belajar." Xinghe menjongketkan bahunya seolah-olah itu cuma hal kecil.

Xia Zhi mula faham. Dia berkata, "Kak, kakak membesar di luar negara jadi tiada siapa di antara kami yang tahu tentang sejarah kakak sebelum berpindah ke sini. Kami cuba bertanya tapi kakak memang tidak ingat apa-apa. Tapi apa pun kakak memang sangat menakjubkan. Kakak dapat membuat perisian komputer dalam masa sejam di mana pelajar programming seperti saya memerlukan beberapa hari untuk siapkan. Itu pun selepas enam tahun hilang ingatan."

Xia Zhi tertunduk malu.

Keputusan Xia Zhi selalunya berada dalam kedudukan paling atas dalam kelasnya, tapi dengan mudah dia dikalahkan oleh kakaknya yang masih baru dalam bidang programming.

"Kakak sangat professional lah, saya berani cakap kakak mesti sepuluh kali ganda lebih hebat daripada senior saya," bersemangat Xia Zhi membuat andaian walaupun ragu-ragu untuk mendengar jawapan Xinghe.

Xinghe menggeleng kepalanya. "Sejujurnya kakak pun tidak tahu sebab sains komputer subjek yang sentiasa berkembang. Secara teorinya, rasanya kamu tahu lebih daripada kakak. Memandangkan kakak tidak buat apa-apa sekarang, boleh tolong bawakan buku teks keluaran terbaru?"

Xia Zhi tertawa. "Kakak terlalu merendah diri, saya baru cuba perisian yang disediakan kakak, ianya tiada masalah. Saya dah hantar kepada senior saya, dia juga cakap benda yang sama. Komen yang dia berikan cuma walaupun cara mengekod yang ketinggalan zaman, teknik itu memang sangat hebat. Dia boleh tahu itu bukan hasil kerja saya. Saya beritahu kawan yang buat apabila dia bertanya."

Xinghe mengangguk setuju. "Ada baiknya kamu tak bagitahu saya yang buat sebab nanti sukar untuk dijelaskan."

"Saya setuju. Saya tiada niat untuk berkongsi hal sejarah dan hilang ingatan kakak dengan dia. Jadi saya pilih untuk berbohong."

"Jadi, dia sudah masukkan duit ke dalam bank?" Cuma itu kebimbangan Xinghe.

Xia Zhi dengan teruja berkata, "Dia baru sahaja masukkan! Kakak nak makan apa-apa tak? Saya pergi belikan. Saya juga boleh singgah di perpustakaan untuk dapatkan buku yang kakak nak."

"Saya tidak kisah, beli lah apa yang kamu suka. Kita boleh berkongsi."

"Baiklah, saya akan kembali!"

Xia Zhi menggalas begnya dan meninggalkan hospital dengan teruja.

Hentian pertamanya ialah sekolahnya. Dia memeriksa beberapa buku teks programming daripada perpustakaan sebelum pergi membeli semangkuk bubur daging dan buah-buahan untuk Xinghe.

Setelah selesai makan, Xinghe terus membaca buku.

Xia Zhi menasihatkannya untuk berehat, tapi malangnya, tidak diendahkan.

Xinghe dipenuhi hasrat yang membara untuk menyerap semua ilmu, untuk memulakan semula hidupnya.

Jika bukan kerana badannya yang masih lemah, dia pasti sudah berada di luar mencari kerja.

Bagaimana pun, dia tahu sesetengah hal tidak boleh dilakukan terburu-terburu. Salah satunya ialah kesihatan. Aktiviti yang terlalu lasak mungkin akan memburukkan lagi kecederaan kepalanya. Dia memilih untuk menggunakan masa ini untuk mengejar balik apa yang telah dia ketinggalan sepanjang enam tahun.

"Kak, lajunya kakak membaca." Xia Zhi berbisik sambil menggigit epalnya. Xinghe sudah habis membaca dua tiga buku dalam masa setengah jam.

Xinghe membalas tanpa melepaskan pandangannya dari buku. "Saya cuma baca dengan ringkas untuk membiasakan diri dengan teknologi sekarang. Saya tidak membacanya secara terperinci."

Memandangkan Xinghe sudah memahami asasnya, dia boleh tahu dia harus fokus di bahagian mana dengan hanya sekilas pandang.

Dengan ini, dia tidak perlu membaca semula benda yang dia sudah tahu.

Dia meletakkan buku yang berada di tangannya dan mengambil yang lain.

Xia Zhi memerhati dengan senyap. Dia masih sukar untuk menerima bahawa kakaknya itu seorang yang mahir dalam bidang komputer.

"Kak, kenapa saya tak pernah melihat kakak dengan komputer sejak tiga tahun lalu?" Xia Zhi bertanya merasa ingin tahu.

Tidak mungkin amnesia Xinghe membersihkan semua ingatan sehingga melenyapkan sepenuhnya pengetahuan komputernya. Tambahan lagi, perbualan tentang sains komputer agak kerap di rumah mereka memandangkan itu sesuatu yang Xia Zhi pelajari. Jadi kenapa Xinghe tidak berkata apa-apa sebelum ini?

下一章