webnovel

Kakak Yang Luar Biasa

編輯: EndlessFantasy Translation

"Kerja RMB 2000 itu tentang apa?"

Xia Zhi terkejut. Dia tidak tahu mengapa kakaknya ingin tahu mengenai projek yang dia akan tolak tetapi masih sabar menjelaskan kepadanya, "Ianya untuk mengekodkan satu permainan mini. Senior saya mahu kerja ini dilakukan dalam masa dua hari tetapi saya pernah melakukan sesuatu seperti ini dahulu dan ia mengambil masa empat hari. Jadi saya yakin yang saya tidak akan sempat menghabiskannya."

"Biar saya lihat," kata Xinghe sambil duduk di katilnya. Dengan segera Xia Zhi menyimpan komputer ribanya dan berkata, "Kak, jangan bergerak, nanti tiub IV tersebut akan terkeluar."

"Kamu terlalu risau. Biarlah kakak lihat apakah jenis permainan yang sedang kamu buat," kata Xinghe sambil tersenyum.

Xia Zhi ialah anak tunggal. Jadi apabila ayahnya mengambil Xinghe masuk ke dalam keluarganya, dia telah menganggap Xinghe sebagai seorang kakak yang tidak pernah dimilikinya.

Mungkin ianya adalah kelebihan yang kakak sulung miliki berbanding adik adik mereka, dan itulah sebab Xia Zhi sentiasa bersedia untuk melayan permintaan Xinghe.

Xinghe tidak pernah memaksa adiknya untuk melakukan sesuatu tetapi Xia Zhi sentiasa ada perasaan hormat dan taat setia terhadap kakaknya.

Dia sentiasa percaya bahawa ada sesuatu yang luar biasa dan mengagumkan tentang kakaknya walaupun dia tidak dapat menentukannya. Misteri tersebut masih tidak dapat dibongkarnya walaupun dia telah tinggal bersama kakaknya selama enam tahun.

"Ini dia," kata Xia Zhi sambil memusingkan komputer ribanya. " Tetapi kak, mengapa kakak ingin melihatnya?"

Xinghe menggerakkan anak panah dan menekan beberapa butang. Dia menyedari bahawa ianya adalah satu permainan mini yang mudah.

"Boleh pinjamkan laptop kamu untuk satu jam?" katanya.

Xia Zhi menganggap kakaknya ingin bermain permainan komputer kerana dia terlampau bosan.

"Kakak harus mengambil peluang ini untuk berehat. Jikalau kakak bosan, tidurlah. Bermain permainan komputer adalah tidak baik untuk pemulihan kakak."

"Kakak akan memulangkannya dalam masa sejam. Kakak ternampak buku dalam beg kamu. Mungkin buku tersebut boleh menghiburkan kamu dalam masa sejam ini," kata Xinghe dengan nada yang tegas. Dengan taat Xia Zhi mematuhi arahannya.

Seperti yang dikatakan, dia jarang menolak arahan kakaknya.

Dia juga akan terasa amat gembira jikalau dia dapat memenuhi kehendak kakaknya.

Xia Zhi mengeluarkan buku teks programmingnya dan berpesan, "Saya hanya akan membenarkan kakak bermain untuk sejam sahaja, okey? Jika kakak tidak pulangkan dalam masa sejam, saya tidak akan benarkan kakak pinjam lagi pada masa hadapan."

Xinghe langsung tidak mempedulikannya.

Sambil merenung skrin komputer riba, jarinya kembali kepada sensasi yang pernah dia kecapi satu masa dahulu.

Pemikiran Xinghe menjadi serabut apabila merenung kod kod yang terpapar di skrin komputer riba itu. Sudah bertahun lamanya dia bekerja dengan kod ini. Dia hampir terlupa segala ilmu yang dahulunya disimpan dalam mindanya. Masih mempunyai halangan di antara dia dan kod-kod ini walaupun ingatannya telah kembali pulih.

Ianya masih terasa luar biasa walaupun dia sudah selesai menulis sebaris kod. Dia tertanya-tanya sama ada kod yang ditulisnya betul atau tidak. Walau bagaimanapun, jarinya terus bergerak seolah-olah mereka sedang bergerak sendiri dengan dijana memorinya. Kod-kod tersebut menjadi lebih jelas apabila lebih banyak kod telah ditulis.

Dia bertambah yakin sehingga dia dapat menaip dengan pantas sekali di atas papan kekuncinya. Xinghe ralit di dalam pemikirannya sendiri.

Xia Zhi tertanya-tanya apa yang sedang kakaknya buat sambil memalingkan badannya berhadapan skrin komputer ribanya. Dia hampir terjatuh ke lantai apabila terrnampak berbaris-baris kod muncul di skrin kakaknya.

'Bagaimana ini boleh terjadi?'

'Sejak bila kakak saya belajar untuk mengkodifikasi dan bukan itu sahaja, kakak boleh mengekod dengan pantas dan baik sekali.'

Xia Zhi menggosok matanya dan memeriksa semula dalam jarak yang lebih dekat untuk memastikan bahawa kakaknya bukan sedang menaip nombor-nombor rawak.

Dia memang bukan bermimpi, kakaknya memang sedang mengekodkan permainan yang hampir ditolaknya.

Xinghe tidak berhenti untuk berfikir atau untuk merujuk kepada buku. Dia hanya terus mengekod dengan kelajuan yang tidak dapat ditangani adiknya.

下一章