webnovel

Tiga Tahun Selepas Perceraian

編輯: EndlessFantasy Translation

"Maaf, kami tidak menerima perempuan berumur 30 tahun ke atas bekerja di sini" kata pengurus restoran kepada Xia Xinghe sambil bergesa menghalaunya

Ketika Xinghe melangkah pergi tak bermaya, dia terdengar pengurus mengomel, "Siapa yang hendak mengunjungi perniagaan saya jika saya ada pelayan yang tua dan hodoh?"

Xinghe berasa sedikit sedih. Terdetik di mindanya untuk berpatah balik dan memberitahu pengurus itu bahawa dia baru berumur 25 tahun! Walau bagaimanapun, langkahnya terhenti setelah melihat pantulan dirinya di cermin tingkap sebelahnya. Wajahnya tidak kelihatan muda dan seri yang dulu menghiasi matanya kini malap.

Keadaan tubuhnya yang kelihatan lemah, rambut kering, muka berkedut dan pakaian ketinggalan zaman membuat dia kelihatan 10 tahun lebih tua daripada usia sebenarnya. Dia sedar dia telah menjadi perempuan tua sejak beberapa tahun lepas walaupun dia cuma berumur 25 tahun. Xinghe tersenyum pahit apabila teringat akan kepayahan yang dia lalui beberapa tahun kebelakangan ini. Ketika hendak meninggalkan tempat itu, dia perasaan ada kereta berhenti di belakangnya.

"CEO Xi, selamat datang, selamat datang" kata pengurus itu tertunduk-tunduk. Tiba-tiba langkah Xinghe terhenti.

"Mubai, boleh tak awak teman saya membeli-belah pakaian lepas ni? Hari ini tarikh stok baru barangan jenama Chanel sampai." TianXin berkata dengan sopan semasa turun dari kereta. Tangannya berpaut rapat pada lengan Mubai.

Mubai memandangnya dan menjawab ringkas "En!"

Satu suku kata itu membuat Xinghe terpaku. Tanpa dia sedari, dia memusingkan kepalanya perlahan-lahan. Dan pandangannya terhenti pada wajah tampan Mubai.

Itu pasti dia…

Xinghe tidak menjangka begini mereka cara mereka bertemu selepas perceraian mereka tiga tahun lalu. Dia sangat penat, kecewa dengan nasibnya. Dia masih ingat akan dirinya yang dulu, lebih tinggi darjat daripada orang-orang biasa.

TianXin di sampingnya juga masih kelihatan anggun dan berdarjat seperti tiga tahun lalu. Mereka berdua secara tidak langsung bersama juga akhirnya. Sekali lagi, tanpa kehadiran Xinghe, adakah itu sesuatu yang mengejutkan?

"Xia Xinghe?" Kata Mubai ketika melihat Xinghe. Rasa tidak percaya jelas kelihatan di matanya.

Ekspresi wajah TianXin berubah dan dia tergagap-gagap, "Ya Tuhan, benarkah itu awak, Xia Xinghe? Apa telah berlaku pada awak?"

Tersentak dari lamunan, Xinghe terus berpaling, berbisik, "Kamu salah orang!"

Dengan pantas, dia melarikan diri. Dia enggan bersemuka dengan mereka hari ini. Tiada wanita yang rela melihat bekas suaminya yang kaya dan bekas saingan percintaannya dalam keadaan yang selekeh. Apatah lagi mereka berdua kini bersama. Sudah terlalu jelas siapa pemenang.

Mubai cuba menarik Xinghe yang sedang melarikan diri sambil menjerit, "Berhenti di sana, Xia Xinghe!"

Saat Mubai memegang lengannya, Xinghe berteriak seperti tertusuk sembilu, "Lepaskan saya! Saya bukan Xinghe, saya memang bukan dia!"

Dia terlalu mencuba untuk melepaskan diri dari genggaman Mubai sehingga dia tidak menyedari sebuah kereta yang sedang laju di jalan raya. Akhirnya, dia dapat melepaskan diri dan memecut melintasi jalan.

"Xinghe, Awas!" teriak Mubai, namun sudah terlambat.

Kereta itu melanggar Xinghe. Kepala Xinghe terhantuk ke tanah dan terus tidak sedarkan diri.

下一章