webnovel

Bakal Isteri Boss

編輯: EndlessFantasy Translation

Kad itu ialah kad yang digunakannya dahulu. Nombor kad itu masih sama. Yu Lili mengambil kad itu dan membeleknya. Di bar tulisan tangan pada kad itu, kelihatan tulisan tangan yang cantik yang bertulis "Oh Yu".

Ou Ming, Yu Lili. Ia menjadi Ou Yu. Perkataan ini telah ditulis olehnya dan ia masih ada pada kad ini…

Ou Ming masih menyimpan kad ini selama ini?

Komputer itu mengeluarkan bunyi yang perlahan dan berjaya dihidupkan lebih pantas daripada jangkaan Yu Lili. Selepas membuka laman media sosial, dia menghantar pautan dari telefonnya ke komputer itu dan mula menyunting resumenya menggunakan Microsoft Word. Sewaktu di universiti dia telah belajar dalam bidang Sains Komputer, malangnya dia berhenti belajar dan pergi ke Yunnan. Disebabkan gagal mendapat kehidupan yang baik di Yunnan, dia pergi pula ke Beijing. Namun selepas terbang ke pelbagai tempat, akhirnya dia kembali ke Kingstown. 

Yu Lili memikirkan perkara itu dan mula menulis pengenalan diri yang disertakan sedikit perasaan. Selepas selesai, dia memeriksanya berkali-kali sebelum menghantar.

Mungkinkah Yu Lili tidak berminat dengan jawatan bergaji rendah ini dan tidak mahu hantar resume? Kalau saya tak dapat laksanakan tugasan yang diberi Encik Ou, pasti saya akan dihukum. Ketika Xu Cheng sedang gelisah, telefonnya tiba-tiba berdering. Seseorang telah menghantar resume!

Permohonan jawatan kosong itu hanya dibuka selama satu jam. Semasa Yu Lili membuka notifikasi itu, ia hanya muncul selama 10 minit sebelum hilang.

Disebabkan ini tugasan dalaman, Xu Cheng membiarkan e-melnya terbuka. Dia telah menerima lima resume, tetapi tiada yang datang daripada Yu Lili. Dia sudah hampir berputus asa dan berfikir untuk mencari cara lain ketika tiba-tiba e-mel daripada Yu Lili masuk. E-mel itu seakan amat istimewa untuk Xu Cheng.

[Yu Lili]: Resume Yu Lili

Xu Cheng membaca resume itu dan berasa agak kagum terhadap Yu Lili. Penggunaan ayatnya amat baik dan meyakinkan. Malah ia kelihatan agak terlalu jujur kerana Yu Lili meletakkan semua kelayakan akademik dan pengalamannya. Namun Yu Lili telah melangkaui sangkaan Xu Cheng. Dia menyangka Yu Lili hanya mempunyai rupa paras yang cantik, tetapi kemahiran penulisan yang dapat dilihat pada resume itu agak di luar jangkaannya. Selepas berfikir seketika, Xu Cheng terus memberi maklum balas kepada e-mel itu.

Dia menaip e-mel yang menyatakan Yu Lili amat sesuai dengan jawatan yang ditawarkan dan dia berharap Yu Lili dapat datang ke temu duga pada jam 10 pagi esok. Dia juga turut menyatakan gaji dan sedikit maklumat tentang kerja yang akan dilakukan.

Selepas memastikan tiada apa-apa masalah, Xu Cheng terus menghantar e-mel itu. Sebaik sahaja menekan butang hantar, dia terus berasa lega. Ini bukan gurauan. Wanita ini berkemungkinan besar akan menjadi isteri Bos pada masa hadapan dan telah bersama Bos selama bertahun-tahun. Apa yang mengejutkan ialah Bos langsung tidak pernah melupakannya. Dibandingkan dengan Yu Lili, siapa Cik Shen?

-

Jawapan daripada pihak komik Eurasian tiba lebih cepat daripada sangkaan Yu Lili. Dia terus membaca e-mel itu dan berasa amat teruja sehingga hampir melompat. Apa? Mereka minta saya datang temu duga! Hebat! Yu Lili bangun dari kerusinya dan melompat kegembiraan di dalam bilik kerja itu. Apa yang patut saya pakai untuk temu duga esok…

Jawatan yang ditawarkan kepadanya hanya pembantu penyunting dengan gaji permulaan sebanyak 3000 yuan. Gaji selepas pembetulan tidak diberitahu, tetapi ia tidak mungkin akan menjadi tinggi. Yu Lili tahu bagi jawatan seperti ini, melainkan dia menjadi penyunting rasmi, dia hanya boleh bergantung kepada komisyen untuk mendapat gaji yang lebih tinggi. Jika tidak dia hanya akan mendapat gaji yang tidak seberapa.

Walau bagaimanapun, sebaik membuka almari, Yu Lili melihat semua pakaiannya berjenama terkenal…

Apa patut saya lakukan?

下一章