webnovel

Wanita yang Mana Satu?

編輯: EndlessFantasy Translation

Setiausaha itu tidak dapat menjawab soalan Shen Manting dan berasa agak malu. Tiba-tiba dia merasakan dirinya terselamat sebaik melihat satu susuk tubuh lalu menjerit, "Setiausaha Khas Xu!"

Xu Cheng mendekati mereka dan kelihatan sudah mendengar soalan Shen Manting. Dia melihat wajah tidak gembira Shen Manting dan berkata tenang, "Encik Ou sedang menguruskan projek pelaburan luar negara dengan nilai mencecah 50 bilion yuan dalam beberapa hari ini. Jika Cik Chen tiada urusan penting untuk berjumpa dengannya, lebih baik Cik tak ganggu Encik Ou."

Shen Manting kelihatan ragu-ragu. Dia memandang Xu Cheng dan bertanya, "Betulkah? Dia memang sedang sibuk dengan projek pelaburan luar negara?"

Xu Cheng berkata tenang, "Sudah tentu. Buat apa saya tipu Cik?"

Mendengar kata-kata itu, Shen Manting hanya berdehem dingin dan menurunkan kakinya. Kemudian dia mengambil beg tangannya lalu berdiri dan terus keluar.

Xu Cheng menoleh ke arah setiausaha itu dan mengarahkan dengan tenang, "Hantar Cik Shen keluar."

Setiausaha itu segera mengekori Shen Manting dan berkata, "Cik Shen, di sini."

Shen Manting berasa tidak selesa dengan kelakuan Xu Cheng dan kemarahannya kembali membuak. Dia berpaling ke belakang dan merenung Xu Cheng sebelum berkata dengan marah, "Setiausaha Khas Xu, lebih baik kamu berdoa supaya saya tak dapat tahu yang kamu menipu saya. Jika tidak, saya ada pelbagai cara untuk buatkan kamu terima balasannya! Jangan lupa, saya tunang Ou Ming, bakal isteri Presiden syarikat ini!"

Xu Cheng mendengar sambil tersenyum kecil dan berkata, "Mana berani saya perdayakan Cik?" Tetapi walaupun berkata begitu, tiada ketakutan atau rasa hormat kelihatan pada wajahnya. "Saya cuma pekerja syarikat ini. Mana boleh saya perdayakan bakal isteri Bos? Encik Ou memang sangat sibuk sekarang. Kalau Cik tak percayakan saya, Cik boleh pergi tanya dia sendiri. Kalau Cik cakap saya tak hormat bakal isteri Bos, Cik silap."

Shen Manting berasa amat marah sehingga tidak mampu berkata-kata.

Pergi jumpa Ou Ming? Berhadapan dengan Ou Ming? Bagaimana? Saya bukan bodoh. Saya tahu Ou Ming panas baran dan tidak akan bertolak-ansur dengan sesiapa. Tetapi Xu Cheng sengaja menawarkan untuk saya pergi berhadapan lelaki panas baran itu. Xu Cheng memang sengaja memperli dan mengejek saya. Tak guna!

Shen Manting merenung Xu Cheng seketika sebelum menghentakkan kakinya dengan marah dan berjalan ke arah lif.

Xu Cheng hanya memerhatikannya pergi. Wajahnya bertukar serius dan dia menoleh ke arah setiausaha di sebelahnya dengan dingin. "Kamu orang barukah?"

Setiausaha yang cantik itu menggeletar ketakutan dan mengangguk.

"Mari masuk untuk mesyuarat," kata Xu Cheng.

Sebaik sahaja Xu Cheng masuk, semua staf pejabat setiausaha itu bangun dan berkata serentak, "Selamat pagi Cik Xu." 

Xu Cheng mengangguk dan berkata,"Kamu tak tahukah siapa wanita itu tadi? Dia ialah Shen Manting. Mulai saat ini, kamu semua perlu ingat wajah dia. Jangan biarkan pekerja baru uruskan dia. Dalam kata lain, asalkan ia bukan perkara yang amat penting, kamu semua perlu beritahu dia Encik Ou sibuk. Jika ia terlalu serius, datang cari saya. Boleh faham?"

Para setiausaha itu memandang satu sama lain, kemudian mengangguk dan menjawab serentak, "Boleh Tuan."

Xu Cheng keluar dari pejabat setiausaha dan masuk ke pejabat Presiden. Selepas mengetuk dua kali, Ou Ming mengisyaratkan supaya dia masuk. Ou Ming berhenti bekerja dan memandang Xu Cheng sambil berpeluk tubuh.

"Tadi Cik Shen datang dan kelihatan sangat marah. Saya rasa ia berkaitan Cik Yu. Saya beritahu dia kamu sibuk dan beri alasan supaya dia pergi. Saya rasa dia mahu tanya tentang Cik Yu."

Ou Ming mendengar sambil tersenyum, kemudian menggeleng perlahan dan berkata, "Mungkin dia dah mula bertindak. Ambil perhatian terhadap pergerakan dia. Jika ada sesuatu yang tidak kena, terus laporkan kepada saya."

Xu Cheng mendengar arahan itu dan tiba-tiba berasa segan. Dia batuk kecil sebelum bertanya, "Em… Encik Ou, maafkan saya…"dia" itu maksud Encik Ou wanita yang mana satu?"

下一章