webnovel

Pertukaran Takdir

編輯: EndlessFantasy Translation

"Siapa yang kau panggil Mama? Aku Mama kau!" Tang Mengying menggoncang Li Mosen seperti orang gila. "Panggil aku Mama, panggil aku Mama!" 

Tiba-tiba kedengaran bunyi pistol diselaraskan. Tang Mengying mengangkat kepalanya dan berkata, "Jangan dekat! Kalau tak aku akan bunuh dia!"

Kemudian dia menekan pisau yang berada di leher Li Mosen itu lebih dalam. Darah merah terus mengalir keluar. Li Mosen menangis tetapi terlalu takut untuk bergerak. 

"Tang Mengying, Tang Mengying!" Seorang pegawai polis berteriak. "Jangan bertindak terburu-buru. Kamu dah bunuh ramai orang. Tak bolehkah kamu jangan ambil nyawa seorang budak?"

Tang Mengying ketawa sinis. "Budak? Ini anak aku. Aku boleh bunuh dia kalau aku mahu. Apa kaitan dengan kau?"

Su Qianci mendekati Tang Mengying perlahan-lahan. Suaranya bergetar ketika dia berkata, "Tang Mengying, dia anak kamu. Kamu dah lupa? Kamu pernah tuliskan sebuah diari untuk dia. Kamu sayangkan dia, bukan?"

"Su Qianci, kenapa kau bodoh sangat? Kalau dia anak Li Sicheng, dah tentulah aku akan sayangkan dia. Tapi entah siapa ayah budak ni." Tang Mengying ketawa lalu menekan pisau itu lebih dalam.

Dah tentulah aku tak mahu budak sial ini. Aku mahu bunuh dia waktu dia masih bayi. Kau yang melebih-lebih dan selamatkan dia. Kau ingat kau malaikat atau apa? Kau tak ada maruahkah? Bukankah kau lakukannya hanya untuk tunjukkan yang kau berbeza daripada aku? Aku yang jahat, aku yang kejam. Sekarang semuanya dah jadi kenyataan, bukan? Semuanya dah berlaku seperti yang kau mahukan. Gembira sekarang?"

Su Qianci mendengar kata-kata itu dan tiba-tiba perasaan aneh bercampur rumit menyelubungi dirinya. Pada kehidupan lalu, dia pernah menyoal Tang Mengying seperti ini. Tang Mengying pada kehidupan lalu agak hebat. Semua orang menganggapnya sebagai Puan Li. Dia menikmati segala-galanya yang sepatutnya milik Su Qianci, manakala Su Qianci yang merupakan Puan Li sebenar hidup seperti anjing buangan yang berusaha keras untuk hidup di dalam keluarga Li. Suatu hari, Su Qianci sudah tidak tahan lagi. Dia memanggil Tang Mengying keluar dan mereka bergaduh besar dengan dirinya menyoal Tang Mengying dengan suara yang kuat. Setiap ayat membawa kebencian yang telah tersimpan dalam hatinya buat masa yang lama.

Walau bagaimanapun, ketika itu Tang Mengying hanya diam mendengar segala persoalannya. Sebaik sahaja Su Qianci berpaling ke belakang, dia melihat Li Sicheng berdiri di situ. Setiap perkataan yang keluar dari mulutnya didengar dengan jelas oleh lelaki itu. Pada waktu itu, Su Qianci merasakan dirinya kaku seperti ais. Selepas itu Tang Mengying masih menikmati kebahagiannya seperti biasa tetapi Su Qianci tidak lagi berani menunjukkan muka di hadapan Li Sicheng.

Tanpa disangka, tempat mereka bertukar pada kehidupan sekarang. Selepas dilahirkan semula, Su Qianci menyaksikan perkara-perkara yang sepatutnya terjadi kepadanya kini terjadi kepada Tang Mengying. Adakah dia patut gembira, atau sedih?

Tang Mengying memandang Su Qianci sambil tersenyum sinis. Tiba-tiba, kedengaran bunyi tembakan dilepaskan. Tubuh Tang Mengying menjadi kaku dan tangannya yang memegang Li Mosen terlerai.

Li Mosen jatuh ke tanah lalu menjerit, tetapi dia segera bangun dan berlari ke arah Su Qianci sambil menjerit, "Mama!"

Li Mosen memeluk kaki Su Qianci dan melihat pandangan Su Qianci terpaku kepada Tang Mengying.

Tang Mengying tunduk memandang dadanya yang berdarah dengan banyak. Kesakitan yang dirasakannya membuatkan seluruh tubuhnya seakan lumpuh. Kakinya tidak mampu menanggung badannya lalu dia jatuh melutut. 

下一章