webnovel

Lama Tak Jumpa, Ou

編輯: EndlessFantasy Translation

Dua belas tahun. Lu Yihan telah menunggu Su Qianci selama 12 tahun. Berapa banyak 12 tahun yang seseorang mampu harungi?

Yu Lili sedang berbaring di atas katil sambil melihat satu gambar dalam telefon bimbitnya. Ia ialah gambar swafoto. Perempuan dalam gambar itu mempunyai riak wajah yang angkuh. Di belakang perempuan itu, kelihatan seorang lelaki dalam sut berwarna maroon sedang tersenyum nakal sambil memeluknya. Mata cantik lelaki itu tertancap kepada wajah perempuan yang sedang dipeluknya.

Lama tak jumpa, Ou.

*****

Li Sicheng dipakaikan penutup mata dan ditolak masuk ke tempat duduk belakang sebuah kereta. Dia dapat menghidu bau wangian yang kuat. Ia datang daripada Tang Mengying. Dengan tangan yang diikat dan matanya ditutup, pendengaran Li Sicheng menjadi sangat tajam. Dia dapat mendengar bunyi cengkerik. Perjalanan itu mengambil masa yang lama dan Li Sicheng membuat kiraan masa secara diam-diam. Kira-kira 70-80 minit kemudian, kereta itu berhenti. Kelajuan kereta itu agak stabil pada 40-50km per jam, jadi ia bermakna mereka berada tidak jauh dari vila Tang Mengying.

Daripada siasatannya yang terbaru, Li Sicheng mendapat tahu TL hanyalah sebuah penyamaran dan ibu pejabat mereka yang sebenar di Kingstown berada di tempat lain. Sepanjang perjalanan tadi, kereta itu berhenti pada lima lampu isyarat, menaiki dua tanjakan dan melalui satu lebuhraya. Bunyi bising juga dapat didengar sepanjang perjalanan itu. Ini bermakna mereka melalui jalan yang sibuk sebentar tad, tetapi sekarang tempat itu amat sunyi. Besar kemungkinan tempat itu ialah kawasan perumahan mewah atau bangunan pejabat di tengah bandar.

Li Sicheng sedang memikirkan semua itu ketika dia tiba-tiba ditarik keluar oleh dua orang pengawal peribadi. Dia dibawa masuk ke dalam bangunan dan mendengar bunyi kad diimbas. Tetapi sekeliling mereka masih sunyi. Li Sicheng dibawa menaiki lif. Dua pengawal peribadi dan seorang lelaki yang memakai penutup mata, tetapi tiada sesiapa menegur. Orang-orang di sini pasti sudah biasa dengan perkara itu. Li Sicheng meneka yang seluruh bangunan ini dimiliki oleh Syarikat Bo.

Tetapi mustahil mereka akan menggunakan nama Bo, jadi pasti ada nama lain yang digunakan di hadapan orang ramai. Di mana tempat ini sebenarnya?

Ting!

Selepas lebih kurang satu minit, lif itu tiba di destinasi mereka. Li Sicheng mula berfikir. Berdasarkan kekerapan dan masa lif itu naik, bangunan ini pasti mempunyai 48-50 tingkat. Tidak banyak bangunan yang setinggi itu di Pusat Bandar Kingstown.

Tang Mengying langsung tidak bercakap sepanjang mereka berada di situ. Apabila lif itu tiba, dia bercakap melalui telefon, "Hei, kami ada di tingkat teratas. Kami patut terus ke bilik VIP kah?"

Tingkat teratas? Li Sicheng cuba mengingati mana-mana bangunan yang sama seperti ini, tetapi belum sempat dia menemui jawapan, dia ditolak dengan kasar ke dalam satu bilik. Dia menyedari sekelilingnya telah menjadi gelap dan sunyi. Mereka telah mengurungnya lagi. 10 minit kemudian, pintu bilik itu dibuka kembali.

Derapan tapak kasut tumit tinggi menghampiri dan masuk ke dalam bilik itu. Pada masa yang sama, kedengaran bunyi halaman Weibo dibuka. 

"Hei Li Sicheng. Aku ada berita gembira untuk kau!" Suara Tang Mengying kedengaran nyaring bersama ketawa yang penuh ejekan. "Tentang isteri kamu, nak dengar?"

Li Sicheng dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Dia mengetap bibirnya dan tidak berkata apa-apa.

Tang Mengying mendengus sinis. "Bosan. Apa yang kau cuba lakonkan? Aku nak beritahu, isteri kau bakal berkahwin."

Menerkamnya

Isterinya bakal berkahwin? Apa maksud perempuan ini? Li Sicheng berpaling ke arah Tang Mengying, tetapi matanya masih tertutup dan tidak dapat melihat apa-apa.

Tang Mengying menyedari Li Sicheng tiba-tiba menjadi tenang. Urat-uratnya kelihatan bertambah tegang dan membuatkan lelaki itu tampak sangat kacak.

Tang Mengying kemudian tunduk melihat telefonnya dan ketawa lebih kejam. "Oh, mereka pasangan yang sangat secocok. Si Lu ini boleh tahan kacak." Dia berjalan ke belakang Li Sicheng dan membuka ikatan matanya. "Kamu nak tengok? Dia tidak kurang kacaknya daripada kamu, bukan?"

Telefon bimbit itu dihulurkan kepada Li Sicheng. Dalam gambar itu, Su Qianci sedang tersenyum dan di sebelahnya, kelihatan wajah Lu Yihan yang diambil separuh. Tempat dalam gambar itu kelihatan sangat… romantik.

Tangan Li Sicheng yang diikat ke belakang menggenggam penumbuk. Dia merenung gambar itu dan nafasnya menjadi kencang.

Tang Mengying memerhatikan reaksinya. Walaupun ia tidak begitu ketara, dia amat mengenali Li Sicheng.

Reaksi itu sudah cukup menunjukkan Li Sicheng ambil kisah tentang perkara itu.

"Sungguh tak berhati perut. Baru empat tahun saja kau 'mati', perempuan ini sudah merancang untuk berkahwin lagi. Aku ingat dia sangat cintakan kau." Tang Mengying menanggalkan kasutnya dan duduk di sebelah Li Sicheng di atas katil itu. Perlahan-lahan dia membuka zip skirtnya. "Sebelum ini dia pandai berlakon. Waktu kau dipukul separuh mati oleh orang-orang aku, dia menangis bagai nak gila." Tang Mengying membuat riak wajah simpati. Ketika sedang bercakap itu, dia menanggalkan semua pakaiannya satu persatu.

Li Sicheng tidak sengaja terpandang cermin yang tidak jauh darinya yang menunjukkan tubuh bogel Tang Mengying. Dia segera mengalihkan pandangannya. Tang Mengying ketawa sinis. "Dengan lakonan sebaik itu, sayang betul dia tak jadi pelakon. Kamu tak fikir begitu?"

Selepas menanggalkan pakaian terakhir yang ada di tubuhnya, Tang Mengying menyandarkan kepalanya pada bahu Li Sicheng dan menggosok belakang lelaki itu dengan lembut. Wajah Li Sicheng terus berubah tegang. Dia menutup matanya dan menjerit marah, "Berambus!"

Tang Mengying sudah menjangkakan reaksi itu dan tidak kisah tentangnya. Dia bangun, berjalan ke almari di sebelah katil itu dan membuka pintunya sambil ketawa kecil. "Dia dah buang kau, tapi kau masih mahu jaga 'kesucian' kau untuk dia? Berbaloikah?"

Li Sicheng mengetap bibirnya dengan kuat dan tidak bersuara.

Tang Mengying memakai baju tidur seksi yang berada di dalam almari itu, kemudian membuka satu botol wain merah dan menuangkannya ke satu jag di atas troli makanan. Dia mengambil dua gelas dan mengisinya dengan wain itu lalu berjalan ke arah Li Sicheng. Tanpa memakai kasut, dia berjalan dengan perlahan dan penuh elegan. Rambut ikalnya yang seksi diikat ke atas dengan beberapa urat rambut terjuntai di hadapan. Ia kelihatan kusut tetapi dalam masa yang sama cantik dan menarik. Tetapi wajahnya yang tegang dan pucat itu perlu diabaikan terlebih dahulu untuk melihat kecantikannya.

Li Sicheng masih menutup matanya tetapi dapat merasakan Tang Mengying telah datang kembali ke sebelahnya.

Tang Mengying duduk dan menghulurkan gelas berisi wain itu sambil ketawa kecil. "Nak minum dengan saya?"

Li Sicheng tidak membuka matanya mahupun menjawab pertanyaan itu.

Dalam mata Tang Mengying yang cantik dan besar itu, kesunyian jelas dapat dilihat. Dia meletakkan kedua-dua gelas itu ke bawah, kemudian mendekatkan tubuh mereka.

Li Sicheng yang menyedari perkara itu segera berpaling ke tepi untuk mengelaknya. Walau bagaimanapun, Tang Mengying terus menerkamnya lalu meniarap di atas tubuhnya.

下一章