webnovel

Sikap Tidak Menghargai Turun-Temurun Keluarga Tang

編輯: EndlessFantasy Translation

"Fikir baik-baik. Ini anak Tang Mengying, waris keluarga Tang," Li Sicheng berkata dengan suara yang perlahan sambil membelai rambut isterinya. "Sikap tak menghargai turun-temurun keluarga ini lebih kuat daripada apa yang kamu sangka."

Su Qianci memegang tangan Li Sicheng lebih kuat dan mendongak. "Semua orang dilahirkan baik. Bagi saya, keadaan sekeliling lebih penting daripada pengaruh genetik. Kita akan besarkan dia dengan baik dan jadikan dia ahli keluarga Li, okey?"

"Kamu nak dia panggil kamu Mama?" Riak wajah Li Sicheng kelihatan ragu-ragu. Dia merenung isterinya dengan dalam dan berbisik, "Bila dah besar, dia mungkin akan benci kita kerana lakukan perkara buruk kepada ibu kandungnya dan keluarga Tang. Dia pasti mahu cari ibu kandungnya bila dah besar. Kamu okey dengan itu?" 

"Tak, dia tak akan cari." Suara Su Qianci kedengaran sebak. "Saya sangat faham perasaannya. Jangan lupa tentang Rong Xuan. Apa bezanya perbuatan dia dengan Tang Mengying? Lagipun Tang Mengying lebih teruk daripada Rong Xuan. Saya benci Rong Xuan, jadi bila anak ini besar, dia akan benci ibu kandungnya juga. Kalau kita selamatkan dia sekarang, pasti dia akan berterima kasih nanti, bukan?"

"Jangan ambil ringan dengan sikap tidak menghargai turun-temurun keluarga Tang, Puan Li."

Su Qianci menundukkan kepalanya dan tidak berkata apa-apa lagi.

Tang Mengying segera dibawa pergi oleh polis. Selama lebih sebulan, hanya keluarga Liu yang membantunya. Dia membuat rayuan sebanyak dua kali dan akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun atas kesalahan cubaan membunuh.

Selepas kejadian tembakan di ibu kota, Li Sicheng pergi ke Star City dan mengupah seorang pengawal peribadi untuk menjaga Su Qianci.

Pada asalnya Li Sicheng mahu mengupah dua pengawal peribadi, tetapi Su Qianci bimbang ia akan kelihatan terlalu menonjol. Akhirnya dia memilih seorang gadis yang tinggi, kurus dan kelihatan biasa. Sebagai wanita yang membawa kandungan berusia tiga bulan, Su Qianci mengalami simptom-simptom seperti mengantuk, memilih-milih makanan dan selalu berasa pening. Selain itu dia tidak mengalami apa-apa yang luar biasa.

Sebulan telah berlalu sejak semester baru. Su Qianci berasa mengantuk sepanjang berada di dalam kelasnya. Selepas kelasnya tamat, pengawal peribadinya, Shuang Yu mengambil begnya dan mengiringi Su Qianci balik. Pada hari itu Su Qianci terus dibawa pulang ke rumah di Yu Xiu oleh Yang. 

Dua orang pengawal sedang berjaga di pintu dan tunduk hormat sebaik melihat Su Qianci pulang. Su Qianci sudah terbiasa dengannya sekarang, jadi dia terus masuk ke rumah tanpa berasa janggal. Sebaik membuka pintu, dia terus dapat menghidu bau ikan masam manis yang dimasak oleh Nenek Rong. Su Qianci meletakkan begnya lalu berjalan ke meja makan sambil menghidu-hidu. Air liurnya terasa kecur dan dia membasuh tangan sebelum duduk di meja makan. Kemudian dia bertanya kepada Nenek Rong, "Mana Li Sicheng?"

Nenek Rong menghulurkan semangkuk nasi dan berkata, "Tuan belum balik. Nenek dengar syarikat sedang sangat sibuk sekarang. Oh ya, Nenek dengar juga Tang Mengying dah gila dan dihantar ke hospital sakit jiwa. Tuan ada beritahu Puan?"

Su Qianci mengambil mangkuk itu dengan kebingungan dan menggelengkan kepalanya. "Tak ada. Tang Mengying dah betul-betul jadi gila?"

"Waktu Nenek dengar Tuan bercakap di telefon pagi tadi, dengarnya Tang Mengying gigit telinga warden penjara. Kemudian mereka hantar dia untuk buat pemeriksaan di hospital sakit jiwa dan dapati dia memang dah agak lama sakit jiwa. Tambahan pula dia dibuli di penjara, jadi dia sekarang sangat berbahaya."

"Oh…" Su Qianci kelihatan kecewa. "Li Sicheng baru telefon saya dan beritahu ayah Tang Mengying akan balik dari Amerika Syarikat esok, jadi dia suruh saya berhati-hati. Esok dia akan aturkan lebih ramai pengawal peribadi."

下一章