webnovel

Dia Merasa Jijik Dengannya

編輯: EndlessFantasy Translation

Su Qianci memandang Li Sicheng dan mata mereka bertemu. Mata lelaki itu penuh misteri seperti selalu.

Su Qianci meletakkan penyepitnya ke bawah dan berkata, "Nenek Rong, tolong beri saya penyepit baru."

Li Sicheng orang yang gilakan kebersihan. Dalam kehidupan yang lalu, Li Sicheng pernah memarahi Su Qianci kerana penyepit mereka bertembung. Dia berkata, "Kau nak sangat rasa air liur aku?" Su Qianci amat takut pada ketika itu kerana tidak mengetahui apa kesalahannya. Lelaki itu kemudiannya berkata, "Aku tidak berminat untuk bercium secara tidak langsung dengan kau. Kau kotor." Kemudian dia meminta orang gaji membawakan sepasang penyepit baru.

Bagi tidak mencemari kebersihan Li Sicheng, Su Qianci bertindak dahulu kali ini. Walau bagaimanapun, Li Sicheng menggenggam penyepit peraknya dengan lebih kuat apabila mendengar kata-kata Su Qianci. Wajahnya dingin seperti arca ais pada ketika itu, malah suhu di sekililingnya juga seolah-olah bertukar sejuk.

Su Qianci berasa hairan. "Kenapa?"

Li Sicheng ketawa sinis dan membuatkan Su Qianci gementar. Apabila Su Quanci menyangka dia akan marah, lelaki itu meletakkan penyepitnya di atas meja, berdiri, dan berlalu pergi.

Perempuan itu berasa jijik dengannya? Baik.

Dia segera naik ke tingkat dua dan menghempas kuat pintu bilik utama. Su Qianci berasa hairan dan menyampah. Lelaki ini berperangai tidak menentu dan pelik!

Dia memilih untuk tidak menghiraukannya dan menyambung makan.

"Puan…" suara Nenek Rong kedengaran bimbang. "Mengapa Encik Li marah?"

Su Qianci berasa tidak puas hati, jadi dia mengejek, "Dia sakit!"

Nenek Rong mengeluh dan berkata, "Dia memang ada masalah perut. Dia tidak boleh tidak makan. Puan, boleh puan pergi dan ajak tuan makan?"

"Tidak, saya belum kenyang lagi," Su Qianci berasa kecewa. Dalam kehidupannya sebelum ini, Li Sicheng telah membulinya sepanjang masa. Tidak mungkin dia akan membenarkannya membuat perkara yang sama kali ini. Tidak walau dalam mimpinya sekalipun! Selepas makan, Su Qianci naik ke atas, tetapi mendapati barangnya telah tiada di dalam bilik.

Dia turun kembali dan bertanya kepada Nenek Rong. Rupa-rupanya Nenek Rong fikir dia tersilap meletakkan barangnya di bilik yang salah, lalu Nenek Rong memindahkan barangnya ke bilik tidur utama. Su Qianci terkesima. Dalam keadaan terpaksa, dia pergi ke bilik tidur utama dan mengetuk pintu tersebut, "Encik Li."

Tiada jawapan.

Walau bagaimanapun, dia teringat bahawa Li Sicheng tidak pernah mengunci pintu, kerana dia yakin tiada orang yang berani menceroboh masuk ke dalam biliknya. Su Qianci cuba untuk membuka pintu, dan pintu tersebut terbuka. Bilik itu kosong, dan dia mendengar bunyi pancuran air di dalam bilik air.

Dia berada dalam bilik air.

Su Qianci berasa lega kerana dia boleh mengambil kesempatan ini untuk mengalihkan semuanya kembali. Setelah berulang alik beberapa kali, dia hanya berjaya mendapatkan separuh daripada barangnya. Nafasnya kencang dan dia dibasahi peluh. Apabila Li Sicheng keluar, dia melihat Su Qianci sedang mengalihkan barang.

Li Sicheng berkerut, "Apa yang kau buat?"

"Pindahkan barang saya kembali."

"Kembali ke mana?

"Bilik di seberang dewan," kata Su Qianci bersahaja. Sebaik sahaja dia memalingkan kepalanya, mulutnya menjadi kering.

下一章