webnovel

Presiden Li, Kau Kenal Perempuan Ini?

編輯: EndlessFantasy Translation

Seorang lelaki tinggi datang ke arah mereka. Dia hanya memandang sekilas Liu Anan dan kemudian menoleh ke arah Su Qianci. Melihat pakaian isterinya itu, Li Sicheng terpegun seketika.

"Presiden Li."

"Presiden Li."

Pembantu-pembantu kedai yang sedang seronok menonton drama tadi dengan segera berdiri apabila melihat susuk tubuh yang tinggi tersebut. Mata mereka menunjukkan perasaan kagum, bernafsu, dan juga cemburu. Dia adalah lelaki yang seakan-akan dewa. Sebagai seorang calon suami idaman yang masih bujang dan sangat kaya, Li Sicheng kebiasaannya tidak menonjolkan diri.

Tidak dijangka-jangka, lelaki yang sibuk ini datang ke pusat membeli belah kepunyaannya, membuatkan semua orang terkejut.

Riak wajah kejam Liu Anan tiba-tiba berubah menjadi lembut. "Presiden Li."

"Presiden Li." Fu Lengbing memandang Li Sicheng yang hanya memakai baju biasa dengan penuh kagum. Jelas bahawa dia amat teruja bertemu dengan Li Sicheng.

Li Sicheng mengangguk, kemudian melihat jam tangannya dan berkata dengan tenang, "Sudah lebih dua puluh minit."

Dia sedang bercakap dengan Su Qianci. Semua orang terkejut melihat perkara tersebut. Sangat sukar untuk dipercayai bahawa tuan presiden ini akan bercakap dengan perempuan ini sebegitu.

Liu Anan merasa bingung. Dengan perasaan kecewa, dia berjalan ke arah Li Sicheng dan berkata, "Presiden Li, kamu kenal perempuan ini?"

Li Sicheng menjeling ke arahnya dengan dingin.

"Dia mempunyai sikap yang paling teruk di dunia ini. Saya syorkan kamu jauhkan diri daripadanya. Dia menjual badannya untuk mendapatkan diploma sewaktu di sekolah tinggi, dan dia semakin teruk sekarang. Seseorang pasti sedang memberikannya banyak wang. Presiden Li, kamu membesar bersama-sama sepupu saya, jadi saya tidak mahu kamu diperbodohkan oleh dia."

Melihat Liu Anan memberi amaran kepada Li Sicheng, Su Qianci merasa teruja. Jika Liu Anan mengetahui bahawa perempuan simpanan yang sedang dihinanya ini merupakan isteri kepada Li Sicheng, entah bagaimana reaksinya? Ia pasti menakjubkan.

Berfikir mengenai hal tersebut membuatkan Su Qianci tidak dapat menahan senyumannya, yang menyebabkan Liu Anan lebih kecewa. "Su Qianci, berani kau senyum!"

"Saya tersenyum kerana kamu yang sepatutnya merasa malu." Su Qianci ketawa, dan wajahnya yang cantik tanpa solekan itu kelihatan amat menarik.

Tekak Li Sicheng tiba-tiba terasa kering. Entah kenapa, dia teringat akan pandangan yang diberikan oleh Su Qianci ketika perempuan itu tidak berpakaian pada pagi tadi.

"Kau mesti sudah hilang akal. Kau yang telah didedahkan di depan orang ramai, bukan aku!"

"Oh, begitu?" Su Qianci kelihatan sedang gembira. "Kamu boleh teruskan mempercayai itu."

Liu Anan berasa amat marah. Kenyataan bahawa Su Qianci tidak menghiraukannya membuatkan hatinya bertambah geram.

"Kau…" Liu Anan ingin mengatakan sesuatu, tetapi percakapannya dipotong.

"Tang Mengying adalah sepupu kamu?" suara Li Sicheng yang sangat menawan membuatkan semua perempuan di situ merasa jantung mereka berdegup laju.

Sebaik mendengar dia bercakap kepadanya, perasaan Liu Anan yang teruja jelas terpampar di wajahnya. 'Dia bercakap dengan aku. Dia bercakap dengan aku!'

下一章