webnovel

Dia Tak Tahu Ukuran Saya

編輯: EndlessFantasy Translation

Selepas Anugerah Fei Tian selesai, tarikh perkahwinan Lin Qian ditetapkan secara rasmi. Ibu Li menetapkan tarikh itu dalam masa tiga minggu, bimbang jika ada masalah lain akan muncul jika mereka menangguhkannya. Dia menyokong penuh cara Lin Qian melayan Feng Jing. Berdasarkan cara dia menetapkan batas dengan Feng Jing di televisyen negara, jelas sekali yang Lin Qian tidak akan pernah memaafkan dan mengiktirafnya.

Selepas dimaklumkan tentang tarikh itu, Lin Qian cuma mempunyai satu soalan. "Saya belum pastikan Li Jin ada di rumah atau tak hari itu…"

"Budak mengarut. Mestilah Mak Cik dah cakap dulu dengan Jin Er sebelum aturkan. Bila masanya tiba, kamu fokus saja jadi pengantin yang cantik."

"Tapi, kami belum pilih baju kami lagi…"

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章