Chen Xingyan berbaring di dada An Zihao dan menenangkan dirirnya. "Bila… kita boleh buat?"
"Saya tak pasti. Sekurang-kurangnya bukan sekarang." Selepas bercakap, An Zihao menepuk belakang Chen Xingyan, memberi isyarat supaya dia bangun. "Saya nak pergi mandi…"
"Tak apa ke kamu tahan begini?" Chen Xingyan ketawa ketika dia melihat An Zihao hilang kawalan.
"Sebab itu kamu patut berhenti goda saya." An Zihao berkata sebelum dia bergegas ke bilik mandi dan membasahkan tubuhnya dengan air sejuk. Walaupun dia mengimpikan untuk menyentuh tubuh lembut Chen Xingyan seperti yang dilakukannya sebentar tadi, perasaan itu sungguh mengasyikkan hingga dia hampir hilang kawalan.
Mungkin kerana melalui krisis hubungan, Chen Xingyan tiba-tiba berasa sangat beremosi tentang hidup.
Malam itu, ketika An Zihao berbaring di katil, bersedia untuk tidur, Chen Xingyan tiba-tiba muncul di muka pintu, memeluk sebiji bantal. "Boleh saya tidur dengan kamu malam ini?"
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者