webnovel

Saya Dengar Kamu Dah Halau Tang Xuan daripada Syarikat Tang

編輯: EndlessFantasy Translation

Sekarang, satu-satunya buah pertaruhan yang dimiliki Tang Xuan ialah saham dan anaknya. Dia sudah pun dikepung Tangning.

...

Lewat malam, hanya di penjuru Kediaman Keluarga Tang, Tang Xuan menaiki sebuah kereta hitam yang agak tersorok. "Ada kamera di mana-mana. Apa kamu nak buat kalau kita tertangkap?"

"Macam mana Orang Tua Tang respon pada kamu?" Lin Shaoyuan bertanya sambil menyedut rokoknya.

"Luarannya, dia nampak macam layan saya dengan baik. Tapi, realitinya, jelas sekali dia sebelahkan Tangning." Tang Xuan berubah daripada seseorang yang tidak akan menyerah kalah kepada satu lopak tangisan.

"Kamu dah sampai ke tahap ini. Apa gunanya menangis sekarang?" Lin Shaoyuan bertanya.

"Saya tak boleh fikir apa lagi yang saya boleh buat…"

"Macam mana kamu boleh tak terfikir apa-apa? Kamu masih ada saham kamu dan anak kamu. Nampaknya, orang tua itu masih berhati-hati pasal anak kamu."

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章