webnovel

Kali Ini, Serangan Mereka Dihalakan Terus kepada Puan

編輯: EndlessFantasy Translation

"Jangan takut. Kami akan ada di sisi untuk tolong kamu." Lin Sheng memujuk dengan suara lembut.

Tangning memalingkan kepalanya dan memandang Mo Ting. Dia perasan hujung bibir Mo Ting terukir naik dengan senyuman jelas. Tetapi, dia masih berasa tidak senang. "Saya dah sebabkan 'Bodoh' jatuh teruk. Kamu semua tak bimbang langsung ke?"

"Apa yang nak dibimbangkan?" Mo Ting kembali bertanya.

"Kalau pasal jadi peragawati, saya tahu semuanya. Saya tahu apa yang saya perlu lakukan untuk selamatkan imej saya dan terus maju ke depan. Tapi, kalau pasal pelakon… ia benar-benar asing bagi saya."

"Dengan lakonan kamu dan kemampuan PR Presiden Mo, pasti akan tiba hari di mana Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Fei Tian jadi milik kamu." Lin Sheng langsung tidak menahan pujiannya.

Kerana, dia merasakan, dalam industri ini, terlalu ramai orang berbakat tetapi malas atau rajin tetapi tidak berbakat. Orang seperti Tangning pula, rajin dan berbakat, sukar ditemui.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章