webnovel

Hati Serabut

編輯: EndlessFantasy Translation

Perkara yang paling Tangning benci ialah apabila Long Jie memandang rendah dirinya sendiri. Nampaknya, mereka yang kelihatan optimistik, biasanya lebih lemah dalamannya. Di hadapan semua orang, mereka akan ketawa dengan gembira dan bergurau dengan orang lain. Tetapi, apabila malam menjelma dan mereka bersendirian, mereka akan mencari tempat untuk bersembunyi dan mengubati luka mereka sendiri.

"Jom…" Long Jie mengingatkan Tangning.

Tangning memandang sekilas pada Long Jie sebelum menaiki van syarikat.

Lu Che umpama satu bongkah kayu yang tidak mempunyai sebarang kesedaran. Dalam fikiran Lu Che, satu-satunya sebab dia melayan Long Jie dengan baik ialah kerana Long Jie juga melayan dia dengan baik.

"Sekarang ini, semua orang di Beijing tahu yang kamu ialah tunang Lu Che. Kamu sudah ada kelebihan, jangan bazirkannya."

Long Jie mencerlung pada Tangning sambil menutup telinganya. Kata-kata Tangning bagaikan bulu yang menggeletek hatinya.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章