Realitinya, Luo Hao tidak pasti sejauh mana dia akan membawa perkara berkaitan Han Xiner ini. Buat masa sekarang, dia ada pilihan menggunakan Han Xiner untuk mencetuskan kekecohan. Tetapi, berdasarkan status Tangning, berita seperti ini hanya akan tenggelam dalam kebingitan, langsung tidak memberikan ancaman.
Ada masanya, Luo Hao turut berkira-kira untuk melepaskan semuanya, sama seperti Lan Xi.
Tapi, keadaan sudah pun menjadi sejauh ini. Dia bukan sahaja menggalas kebencian Yang Jing dan Lan Xi pada bahunya, dia juga perlu mempertimbangkan niat asalnya untuk menghalang Tangning. Paling penting, dia tak boleh berhenti kerana Tangning seorang pendendam.
Kini, kedudukan Tangning di Cheng Tian berada di kemuncaknya, adakah dia, Hua Yuan dan Lan Xi sendiri perlu bekerja di samping Tangning?
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者