Seluruh belakang pentas itu… terkaku.
Orang yang tiba itu… adalah Tangning…
Dia sepatutnya berada di Program Bual Bicara Feng Cai, tetapi pada ketika ini, dia sudah muncul di hadapan Li Danni.
Bukan itu sahaja. Di belakangnya, ada An Zihao dan empat orang pengawal peribadi berbangsa asing.
Di belakang pentas, mata semua orang terbeliak sambil mereka menutup mulut, menunggu satu pertunjukan hebat bermula.
Tangning menyebarkan aura dingin. Matanya mencerun tajam seperti seekor helang. Dia mencerlung ke bawah pada pengurus Li Danni dengan amarah membeku…
Pengurus itu gerun melihatkan pandangan mata Tangning. Dia menutup pipinya dan cuba mengatakan sesuatu, tetapi tiada apa-apa yang keluar.
An Zihao mengambil peluang untuk membantu Long Jie bangun daripada lantai ketika dia perasan akan kesan tapak tangan merah pada pipi Long Jie.
"Tangning…"
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者