"Tetapi, sebelum saya berjumpa dengan Han Yufan, perkara pertama yang perlu kamu buat ialah…"
"Perkara pertama yang perlu saya buat ialah minta Long Jie temankan saya ke balai polis. Saya juga akan minta peguam saya untuk mengeluarkan kenyataan bagi pihak saya." Tangning faham apa yang Mo Ting mahu dia lakukan. Dengan nama 'Tangning pelawat ranjang' yang semakin rancak digunakan, orang yang mampu mengekang perkara itu ialah pihak polis.
"Kamu perlu bertegas dengan kedudukan kamu. Kemudian, kita akan bersihkan nama kamu perlahan-lahan. Jangan takut." Mo Ting membelai rambut Tangning dengan lembut. "Tidak kira apa yang berlaku, saya akan ada di samping kamu."
"Saya tahu." Tangning memandang Mo Ting dengan senyuman yakin. Berbanding dengan keadaan ketika dia disenarai hitamkan oleh Raja Bintang tiga tahun yang lalu dan berubah daripada menjadi seorang peragawati terkenal kepada bukan siapa-siapa dalam masa sehari, apalah sangat kejadian ini baginya.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者