Ning Xi tahu yang Qin Shengyue sengaja tinggalkan pentas fesyen antarabangsa untuk tinggal di Empayar bersama Yan Junhao. Daripada perspektif yang lain, situasi Qin Shengyue agak sama dengan dia apabila dia korbankan impiannya untuk berlakon demi Su Yan dulu. Mungkin sebab inilah Ning Xi nak bantu Qin Shengyue.
Walau bagaimanapun, jalan yang Ning Xi pilih bertentangan dengan Qin Shengyue. Walaupun sukar untuk dapatkan dirinya dan perkara-perkara yang bermakna ini semula, dia tak pernah sekali pun menyesali keputusannya.
…
Di kediaman keluarga Lu.
"Haih, gadis muda, kamu ni selalu sibuk dengan belajar dan kerja je. Saya tak sangka kamu boleh memasak juga!" Yan Ruyi berasa terkejut dan gembira apabila melihat pelbagai lauk yang Guan Ziyao masak terhidang di atas meja.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者