webnovel
avataravatar

Cinta Sejati yang Unggul

編輯: EndlessFantasy Translation

Lu Tingxiao merenung ke dalam mata Ning Xi dengan lemah. Kepala gadis itu disentuh lembut. "Saya balik dulu."

Ning Xi terkejut. "Hah? Kamu nak balik macam tu saja?" Dia bergegas ke sini semata-mata untuk cakap beberapa baris ayat ni saja ke?

"Mmm."

Kening Ning Xi terangkat. "Betul kamu nak balik? Kamu yakin? Kamu tak takut ke bila kamu bangun tidur esok pagi, saya akan minta untuk berpisah dengan kamu? Hari ni adalah hari ketujuh! Dah seminggu dah! Hari kiamat untuk putuskan hubungan!"

Tubuh Lu Tingxiao serta-merta berubah kaku selepas mendengar kata-kata Ning Xi...

Ning Xi memegang dahinya melihat reaksi Lu Tingxiao. Dia betul-betul hilang kata-kata. "Haih, saya nak cakap apa lagi? Bos Besar, kamu ada IQ yang sangat tinggi, tapi kenapa kamu percaya kata-kata mengarut Lu Jingli tu? Bukankah saya dah beritahu kamu sebelum ni yang kamu sangat istimewa bagi saya..."

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章