Di pihak sana, Kapten sedang menasihati Lu Tingxiao dengan tenang. "Tuan Lu, keadaan sekarang tak begitu bagus. Saya boleh ugut mereka, tapi kalau kita terpaksa guna senjata api... Ia akan jadi semakin teruk!"
"Apa salahnya?" Sepasang mata Lu Tingxiao memancarkan aura membunuh. Dia sudah bersedia untuk berbuat apa sahaja.
Paling teruk pun, dia hanya perlu setuju dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh Perdana Menteri Naka! Kalau peperangan tercetus sekali pun, apa salahnya?
Awalnya, dia sedikit teragak-agak untuk bertindak selepas pertama kali bertemu dengan lelaki berambut perak itu. Dia tahu siapa lelaki itu. Ning Xi pernah mengatakan yang lelaki itu adalah lelaki yang disukainya.
Gadis itu telah mengambil risiko yang besar dan menempuh bahaya untuk pergi ke Philadelphia semata-mata untuk berjumpa dengan lelaki itu secara rahsia?
Dia mengikut lelaki itu dengan rela hati...
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者