Tangan Gong Shangze menggigil sedikit kerana gementar, "Itu rekaan daripada inspirasi terbaik saya, hasil kerja saya yang paling sempurna. Rekaan tu bertemakan kehidupan dan ada enam pakaian dalam siri tu. David ada cukup untuk dia guna dalam pertandingan ni…"
Ning Xi nak tenangkan Gong Shangze. Tapi Gong Shangze menarik nafas dalam dan menenangkan dirinya sendiri. Kemudian, dia pula yang menenangkan Ning Xi, "Bos, pertandingan ni dah nak mula. Kamu keluarlah dulu, nanti saya datang!"
Ning Xi menepuk bahu Gong Shangze apabila melihat keyakinan dalam dirinya. "Okey, telefon saya kalau ada apa-apa. Momo, kamu jaga dia elok-elok. Kalau dia rasa sakit atau tak selesa, cepat-cepat beritahu saya!"
"Saya faham, Kakak Xi! Kalau Pengarah gigit je pun, saya tekad nak laporkan pada kamu!"
"Bagus. Laporlah semua yang kamu nak, Kakak Xi akan sokong kamu!"
Gong Shangze memandang dengan tak berdaya sambil mendengar perbualan mereka tapi dia berasa senang hati.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者