Fei Fei mula memeriksa batu permata yang ada di gaun itu dengan berhati-hati. Oleh sebab jumlah batu permata itu terlalu banyak, dia mengambil masa yang agak lama untuk memeriksanya.
Masa berlalu. Semua orang memandang Fei Fei dan terus menunggu, termasuklah Ning Xi yang sedang bingung.
Sebentar tadi, dia ingin memberitahu mereka perkara sebenar, tapi kini sudah terlambat. Fei Fei sudah pun mula memeriksa keaslian kristal-kristal itu. Kalau Ning Xi bersuara sekarang, dia pasti akan dianggap sedang cuba menjaga air mukanya, jadi dia mengambil keputusan untuk mengunci saja mulutnya...
Setelah beberapa ketika, Fei Fei menarik nafas dalam. Kemudian, dia memandang semua orang dan berkata, "Saya minta maaf semua, batu permata di gaun ini terlalu banyak dan saya tak mampu nak mengesahkan semuanya. Tapi yang mana saya sudah periksa setakat ini, semuanya asli!"
Air muka Ning Xi berubah. Semua orang yang berada di situ turut tergamam.
"Itu... tak mungkin..."
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者