webnovel

Kesayangan Saya

編輯: EndlessFantasy Translation

"Tang Xi, saya benci kamu!" Xiang Xiang menangis sambil meluru keluar.

Ning Xi menyiku bahu Ah Ka dan berkata, "Kenapa kamu masih tercegat di sini? Cepat kejar dia!"

Ah Ka tercengang buat seketika. Dia kemudian melaga penumbuknya dengan Ning Xi sebelum bergegas pergi mengejar Xiang Xiang.

Selepas berbual dengan semua orang, Ning Xi memakaikan helmet untuk Si Cilik sekali lagi dan berkata, "Bro sekalian, saya bawa anak saya hari ni, jadi saya kena balik dulu. Dah lewat ni. Lain kali, saya belanja kamu semua makan daging panggang dan minum arak!"

"Xi, saya pegang janji kamu!"

"Betul tu! Kamu tak dibenarkan tinggalkan kami! Oh ya, jangan lupa bawa isteri kamu yang cantik tu jumpa kami!"

"Haha, ya, bawalah dia ke sini!"

Ning Xi merenung tajam semua lelaki itu dan menjawab, "Tolonglah! Saya dah cakap yang dia sangat cantik, kamu ingat saya akan bawa dia datang sini untuk ditatap oleh sekumpulan serigala lapar macam kamu semua ke?"

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章