Setelah sidang media itu selesai, kemarahan orang ramai semakin memuncak:
[Syarikat Hiburan Cahaya Bintang dah buat perkara yang betul. Perempuan tak guna macam ni memang patut disenarai hitam!]
[Dah buat salah, tapi masih lagi begitu sombong! Perempuan ini memang dah memalukan <Dunia > yang mempunyai skrip yang sangat bagus!]
[Kenapa kamu semua tahu marah Ning Xi saja? Saya betul-betul harap yang ada orang pergi pukul dia!]
[Saya rasa Ning Xueluo terlalu lembut hati. Dia sepatutnya saman saja perempuan tu!]
[Siapa agaknya penaja yang membantu Ning Xi melakukan semua ni? Jom kita cari dan dedah maklumat tentangnya!]
...
Bukan itu sahaja, kalau ada sesiapa yang membela Ning Xi, semua orang akan mula menyerang orang itu. Hal ini menyebabkan semua orang mula takut untuk membelanya.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者