webnovel

Sangat Kejam

編輯: EndlessFantasy Translation

Lu Jingli baru sahaja berkira-kira untuk masuk ke bilik itu untuk menyelamatkan Ning Xi bila dia nampak yang situasi sudah berubah 180 darjah dan dia hanya berdiri di situ dengan perasaan terkejut.

"Seorang diri... Dan dengan pistol! Ya Tuhan! Kalau tak silap saya, itu adalah Beretta 92F! Mana dia dapat pistol tu?" Lu Jingli berasa kagum.

Kemudian satu fikiran buruk terapung di mindanya, peluang kedua untuk menjadi seorang hero untuk menyelamatkan Si Cantik hari ini gagal sekali lagi!

Di dalam rumah, Zhang Qiang merenung pistol di tangan Ning Xi. Dia takut gadis itu akan melepaskan tembakan kalau diprovok seperti tadi. Ning Xi langsung tidak memberi peluang untuk dia bertindak balas. Sangat kejam!

"Saya, saya, saya... Saya cakap perkara yang betul! Setiap perkataan adalah benar! Kalau tak, langit akan panah saya dengan petir dan guruh!"

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章