webnovel

Tuan Muda Kecil yang Suka Memerah Jus Buah-buahan

編輯: EndlessFantasy Translation

Ning Xi memegang dahinya dan berjalan berulang-alik. "Saya tidak akan sentuh tentang cara kamu hantar bunga-bunga ini untuk memerangkap saya sekarang. Tapi kamu sedar bukan, berita ketibaan kamu bulan hadapan telah pun bocor. Peminat kamu dan media tentu akan menunggu ketibaan kamu di lapangan terbang! Kamu mahu saya datang jemput kamu? Kamu mahu saya dicarik hidup-hidup? Jiang Muye, saya putuskan hubungan ini dan sekarang kamu ingin membalas dendam?

"Betulkah? Sekarang saya beri peluang percuma kepada kamu untuk menjadi terkenal. Begitu ramai bintang kecil yang berdoa untuk peluang seperti ini dan tidak mendapatnya."

"TAK! PERLU!"

"Baiklah! Kalau kamu tak datang, saya akan beritahu seluruh dunia kamu telah tinggalkan saya! Saya tak kisah hilang muka. Saya mahu semua orang melaksanakan keadilan bagi pihak saya!" Lelaki di talian itu berkata seperti dia sudah tidak peduli akibatnya lagi.

"Kamu ini…" Ning Xi begitu marah sehingga dia terasa seperti paru-parunya akan meletup. Perkara paling bodoh yang pernah dilakukannya dalam kehidupan ini ialah memprovok bencana yang bernama Jiang Muye.

Budak kecil ini, kamu ingat saya tidak tahu bagaimana menangani kamu?

Ning Xi tersenyum penuh makna, "Baiklah, jemput kamu, bukan? Saya akan berada di sana! Kamu jangan menyesal nanti!"

Sebenarnya, tidak sukar untuk menangani Jiang Muye. Dia hanya tidak puas hati kerana ditinggalkan oleh seorang perempuan buat kali pertama. Dia hanya mahu menimbulkan beberapa masalah untuknya, dan hanya akan berhenti apabila dia berpuas hati. Sekarang, yang menyakitkan kepala ialah syaitan yang menghadiahkan berlian itu.

Lupakan, lupakan. Ning Xi sudah tidak kisah lagi. Tentu akan ada penyelesaian kepada masalah-masalahnya!

"Ning Xi, ada orang datang mencari kamu."

Sebaik sahaja dia selesai, Ning Xi terdengar pembantu penerbit memanggilnya sekali lagi. Dia teringin mahu melarikan diri.

Siapa pula kali ini?

Ia masih belum berakhir!

Semua orang dalam kru amat teruja. Adakah ia akan lebih melampau dari sebelum ini?

Di satu sudut, riak wajah Cui Caijing begitu menyampah. "Semua lelaki tua ini hanya tahu bagaimana membazirkan wang! Lelaki murah!"

"Cik Xiao Xi, ha…halo!" Kali ini, seorang gadis pemalu muncul di hadapannya. Dia kelihatan tidak gembira dan gugup, seperti telah melakukan sesuatu kesalahan.

Di hadapan gadis seperti ini, Ning Xi tidak jadi marah. "Tak apa. Kamu cari saya?"

"Saya datang untuk memberikan kamu sesuatu." Gadis itu membuka sebuah kotak sejuk putih. Wap sejuk terkeluar dari kotak itu. Di dalamnya, Ning Xi melihat tiga botol yang mengandungi jus buah yang berwarna merah, kuning, dan hijau.

"Ini ialah…?" Bibir Ning Xi merenggut sedikit. Dia sudah menonton banyak drama istana, dan reaksi pertamanya ialah pasti seseorang mahu meracuninya.

"Ini dibuat khas oleh Tuan Muda Kecil kami. Ini ialah jus tembikai, jus oren, dan jus kacang hijau." Gadis itu menjawab.

"Siapakah Tuan Muda Kecil kamu?" Ning Xi bertanya dengan curiga. Dia cuba ingat sama ada dia pernah menyinggung mana-mana tuan muda kecil yang suka membuat jus buah-buahan.

Gadis itu menunjuk kepada nota pada botol itu.

Ning Xi menanggalkan nota itu. Hanya satu perkataan bahasa Inggeris yang ditulis di atasnya: Berjuang, diikuti satu lukisan hati kecil.

Ning Xi hanya boleh membayangkan bagaimana tuan badan nota ini tersipu malu sambil menjuihkan mulutnya semasa melukis hati tersebut.

"Ini dari Si Cilik…" Dalam sekelip mta, pandangan mata Ning Xi berubah lembut, dan moodnya yang bergelora bertukar tenang dengan serta-merta.

Pada mulanya, dia amat bimbang kerana dia tidak mahu mempunyai profil yang terlalu tinggi ketika baru memulakan kerjayanya. Dia yakin ia pasti akan membangkitkan banyak masalah dan gosip yang tidak diperlukan.

Namun sekarang, setelah berfikir mengenainya, mengapa dia harus peduli dengan pendapat orang lain yang tidak ambil berat kepadanya? Sekiranya dia sentiasa bimbang tentang apa yang difikirkan oleh orang lain di dalam industri ini, bukankah itu akan meletihkan?

Sebelum ini, dia terlalu kisah tentang apa yang difikirkan oleh golongan elit yang angkuh ini, sikap ibu bapanya, dan juga pandangan Su Yan terhadapnya, sehingga beransur-ansur dia kehilangan keyakinan dan identiti dirinya sendiri.

Dia sudah faham semua ini. Namun, satu kejadian kecil seperti ini telah menggoncang dirinya.

Dia hanya perlu menjadi dirinya sendiri dan kekalkan hati naluri yang bersih. Satu hari, dia tentu akan membuktikan keupayaan dirinya dengan kekuatannya diri sendiri.

Dia hanya akan berjuang untuk orang yang betul-betul mengambil berat pada dirinya.

下一章