webnovel

Wanita Berbahaya (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

Mo Xuan Fei menghantar lima puluh orang anggota Tentera Yu Lin itu ke beberapa lokasi di sekitar Bandar Diraja. Seperti yang diarahkan oleh Bai Yun Xian, tidak ada seorang sekalipun yang diletakkan berdekatan di antara satu sama lain.

Mo Xuan Fei ragu-ragu dengan niat Bai Yun Xian. Tetapi setelah mendengar penjelasannya, Mo Xuan Fei akhirnya faham.

Bai Yun Xian mahu racun itu tersebar di kalangan rakyat biasa. Sebaik mereka diracun, rantaian letupan akan tersebar dengan cepat dan ini akan menyebabkan anggota Tentera Rui Lin turut diracun, walau di mana sahaja mereka berada di dalam Bandar Diraja!

Mo Xuan Fei yang kejam sekalipun menjadi takut dengan taktik jahat Bai Yun Xian.

Dia mengheret seluruh penduduk Bandar Diraja ke lubang kubur!

"Yun Xian, kamu….." Mo Xuan Fei berundur beberapa langkah kerana berasa gentar, wajahnya menjadi pucat.

Dia menganggap Bai Yun Xian gadis angkuh yang sering dimanjakan. Walaupun gadis ini kelihatan dingin, dia bukanlah seorang yang sukar difahami.

Melihat tindakan gadis ini hari ini, Mo Xuan Fei sedar yang dia langsung tidak mengenali Bai Yun Xian!

Dia mahu membunuh beratus ribu orang di Bandar Diraja tanpa teragak-agak!

Bai Yun Xian memandang Mo Xuan Fei dengan dingin dan menuduhnya, "Kalau tak kerana kamu yang tidak cekap, adakah kamu akan minta bantuan saya? Kamu tiba-tiba ada kesedaran pula, dan risaukan rakyat biasa?"

Barulah Mo Xuan Fei sedar.

Betul cakap Bai Yun Xian. Saya yang minta pertolongan dia, bukan?

Tetapi Mo Xuan Fei But tidak pernah menjangkakan Bai Yun Xian akan menjadi begitu menggerunkan seperti ini.

Kalau Jun Wu Xie dianggap kejam, sekurang-kurangnya semua orang yang dibunuhnya itu telah membuat rancangan jahat ke atas Istana Lin dan dia tidak mengapa-apakan orang-orang yang tidak bersalah. Yun Xian pula? Demi mencapai matlamatnya, dia tidak mempedulikan segala-galanya. Walaupun nyawa beratus ribu orang yang tidak berdosa menjadi taruhan, dan bakal dikorbankan.

"Jangan risau, saya ada penawarnya. Berikan sahaja kepada orang-orang di Istana Diraja. Kalau kamu risaukan tentang rakyat, saya akan berikan penawar ini kepada kamu selepas Tentera Rui Lin diracun. Kamu boleh jadi Putera Raja yang menyelamatkan rakyat jelata daripada diracun. Bagus bukan?" balas Bai Yun Xian.

Mo Xuan Fei berfikir seketika dan ketakutannya lenyap. Dia bergerak menuju ke sisi Bai Yun Xian dan memegang tangan gadis itu.

"Kamu memikirkan segala-galanya, Yun Xian."

Kalau mereka boleh menyingkirkan Tentera Rui Lin dan Keluarga Jun, apa salahnya korbankan beberapa orang rakyat biasa? Selepas Tentera Rui Lin diracun, dia akan muncul sebagai penyelamat rakyat dengan membawa penawar racun dan menyelamatkan nyawa mereka. Ini akan meningkatkan statusnya sebagai Putera Raja pilihan rakyat.

Bai Yun Xian ketawa lembut di dalam dakapan Mo Xuan Fei. "Apa yang kamu inginkan akan saya berikan. Tapi ingat, selepas Tentera Rui Lin diracun, jangan ada sesiapa sekalipun yang menyentuh Jun Wu Xie."

"Mahu lepaskan saja dia?" Mo Xuan Fei keliru.

Bai Yun Xian mengangkat pandangannya, matanya dipenuhi bisa.

"Membunuh dia begitu sahaja tidak cukup. Saya akan mengerat-ngerat badannya, potong lidahnya, korek matanya dan masukkan dia ke dalam tong berisi racun untuk diseksa. Barulah segala penghinaan yang dia lakukan ke atas saya akan terbalas." Sesiapa sahaja yang menentangnya akan merasai kematian yang tidak terbanding.

Mo Xuan Fei ketawa dengan teragak-agak. Perasaan takutnya muncul kembali selepas mendengar kata-kata itu. Dia menelan air liurnya dan berasa seram sejuk.

Jika dibandingkan dengan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Jun Wu Xie, rancangan jahat Bai Yun Xian lebih tersembunyi dan berbahaya. Dia tertanya-tanya, siapa sebenarnya yang lebih kejam?

下一章