Song Shuhang akhirnya memahami apa yang dimaksudkan dengan ayat "air mata yang terbang dibawa angin".
Walaupun ciri penerbangan penggulungan itu sangat menakutkan, tetapi ciri gaya roket sama menakutkan juga. Shuhang berasa seolah-olah ada peluru berpandu dalam punggungnya yang terus-menerus menolaknya ke atas tinggi dan lebih tinggi.
Perkara yang paling menakutkan adalah dia terbang dengan kelajuan yang tidak tetap. Kelajuan 'Song Shuhang pakai buang edisi 001' itu 'berubah-ubah'!
Dalam kata lain, selepas dia terbang untuk jangka masa tertentu, kelajuannya akan berkurang sehingga mencapai ambang minima. Selepas mencapai ambang itu dan mengumpul tenaga yang cukup, ia akan mendorong Song Shuhang sekali lagi dan membuatkan dia laju semula.
Perlahan~ laju~ perlahan~ laju~ ia adalah kitaran cantik kebahagiaan yang tidak berpenghujung.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者