Sebenarnya Song Shuhang agak tertarik dengan Pulau Syurgawi— lagipun senior-senior dalam Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah juga ingin mengetahui lebih lanjut tentang pulau misteri ini. Malangnya, mereka tidak menemui apa-apa yang berguna semasa penerokaan mereka.
Bak kata pepatah, ikut rasa binasa ikut hati mati. Jika sesuatu tempat itu terlalu misteri, maka lebih ramai orang berhasrat untuk mendedahkan rahsia di sebaliknya.
Akan tetapi, ia tak berguna sekalipun dia menemui rahsia disebalik Pulau Syurgawi. Selepas dia meninggalkan pulau ini, ingatannya terus akan lenyap dan dia tidak akan mengingati apa-apa.
'Aku berminat untuk tahu tetapi apa gunanya?' Song Shuhang teringin menjawab sebegitu.
Tetapi pada masa ini, satu susuk tubuh muncul entah dari mana dan menghentikan Song Shuhang daripada terus berkata-kata.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者