webnovel

Seorang Senior yang Tiba-tiba Jatuh ke Tanah Sangat Menakutkan?

編輯: EndlessFantasy Translation

Pada masa ini, suara Raja Agung Putih tersebar dari seruling buluh dalam tangan Song Shuhang, "Rakan Dao Shuhang, awak ada di sana? Saya terasa bosan tadi dan memutuskan untuk bermeditasi sedikit. Saya tidak tahu di mana saya sekarang. Adakah awak sudah menjumpai lokasi saya sekarang? Saya bercadang untuk memecahkan lapisan batu ini dan keluar."

Song Shuhang tidak tahu sama ada dia hendak ketawa atau nangis, "Helo, Senior. Saya di tepi awak sekarang."

"..." Raja Agung Putih berasa sangat segan sekarang.

"Senior, awak boleh keluar sekarang. Oh ya, perlukah saya pergi bersembunyi semasa awak memecahkan lapisan luaran itu?" Song Shuhang bertanya.

"Hm. Awak akan selamat asalkan awak berada sepuluh meter dari sini. Saya boleh mengawal kekuatan letupan itu," Raja Agung Putih berkata dengan penuh keyakinan.

Sepuluh meter? Song Shuhang mengambil lebih kurang dua puluh langkah ke belakang.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章