webnovel

Raja Agung Putih

編輯: EndlessFantasy Translation

Namun, Song Shuhang menyedari dengan segera, bukan kerana penumbuk pihak lawan tidak cukup kuat, ia kerana dia sudah menjadi lebih kuat.

Cecair Penguat Badan membenarkan badannya mencapai batasan kekuatan manusia. Selepas satu pusingan teknik tumbukan penubuhan asasi, kualiti dalaman badannya telah mengalami perubahan yang menggemparkan bumi.

Pada masa ini, Nan Haomeng ketawa dengan teruja, "Awak betul-betul mahaguru yang sebenar, teknik cakar yang begitu menakjubkan."

Kerana dia tidak dapat melepaskan diri dari cengkamannya, dia menyerang dengan lutut tanpa ragu-ragu.

Serangan lutut tidak dibenarkan dalam sanda tradisional, tetapi Nan Haomeng bukan berada di dalam perlawanan sanda.

Walaupun dengan badan besarnya dan gelakan kurang bijaknya, dia bukan orang bodoh. Dalam pertarungan, buat apa yang paling cekap!

Song Shuhang mengeluh, tangan cakar naganya bergerak ke atas. Cakarnya seperti cakar naga yang menari dan mencakar.

Apa yang menari bukan sahaja cakar naga, tetapi juga mangsanya.

Nan Haomeng tidak dapat percaya apabila dia berasa badannya yang seberat dua ratus dua puluh paun lebih meninggalkan lantai!

Tambahan lagi, pihak lawan menggunakan satu tangan.

Sekarang hati Nan Haomeng pula melangkau rentak. Kekuatan yang begitu menakutkan dan memegunkan, pihak lawan bukan sahaja telah mengangkat junior dia yang tidak berguna, malah lelaki yang sebesar dia pun senang dilontar olehnya!

Tetapi, saya tidak boleh dikalahkan dengan begitu sahaja!

"Hou!" Nan Haomeng meraung dengan kuat dan merendahkan badan dengan harapan dia boleh melepaskan diri dari jatuh. Pada masa yang sama, dia menarik tangan kanannya, bersedia untuk melancarkan serangan bertubi-tubi apabila dia menyentuh lantai.

Pada masa itulah, Song Shuhang bertindak sekali lagi.

Penumbuk Asas Nombor Dua. Penumbuk seperti tahi bintang—berpuluh-puluh tumbukan dilancarkan dalam sekelip mata, serangan bertubi-tubi mengena badan Nan Haomeng.

Ia begitu pantas sehingga Nan Haomeng pun tidak dapat bertindak. Oleh itu, badannya menjadi guni pasir yang dipukul semasa di udara.

Song Shuhang tidak melafazkan 'formula kitab tumbukan' semasa melancarkan tumbukan.

Pertamanya, dia tidak ada masa, kedua, jika dia melafazkan formula tumbukan, qi rohani akan bersambung dengan penumbuknya, dan mungkin membuka lubang dalam badan pihak lawan dengan satu tumbukan.

Pada masa itu, tiang penjara akan menunggu Song Shuhang.

Jika dia bernasib malang, dia mungkin masuk dengan bunga daisi, dan keluar dengan bunga matahari1.

Lagipun, apabila dia mengayunkan tumbukan, dia sengaja menahan diri dan menggunakan separuh kekuatan sahaja.

Meskipun begitu, penumbuk yang sudah dikuatkan masih berat. Berpuluh-puluh tumbukan mengena seluruh badan Nan Haomeng yang selepas itu memegunkannya.

Nan Haomeng… ditewaskan!

Song Shuhang menarik penumbuknya, dan mengeluarkan nafas secara perlahan. Ia seperti kelakuan seorang mahaguru.

Nan Haomeng mengurut beberapa bahagian badannya yang sakit, dan bertanya, "Gaya perlawanan jenis apa tu? Seni mempertahankan diri Cina Kuno?"

"Penumbuk Asas Nombor Dua." Song Shuhang menjawab dengan nada yang serius.

"Penumbuk Asas Nombor Dua? Kejadah apa tu?! Nan Haomeng berkata dengan tiba-tiba.

Song Shuhang berasa muram dengan segera. Kalau boleh, memanglah dia hendak mengumumkan nama yang berinspirasi dan bergaya. Malangnya, dia ada jodoh untuk menggunakan nama yang bergaya.

Melihat ekspresi Song Shuhang yang dingin, Nan Haomeng menerima kekalahannya, "Saya kalah!"

Dia mengeluh. Mereka langsung tidak setaraf. Dia mempunyai kekuatan yang hebat secara semula jadi, tetapi lawannya lebih kuat.

Dia mempunyai asas sanda yang kuat, tetapi teknik tumbukan lawannya lebih hebat dari sandanya.

"Keputusan yang wajar." Song Shuhang mengangguk, "Kalau macam tu, berdasarkan adat, orang yang kalah perlu membayar pampasan."

Nan Haomeng menjawab seperti seorang samseng, "Saya tak ada duit."

Dia menyusutkan lehernya—tidak ada masalah, paling teruk pun dia terima sahaja pukulan sekali lagi; dia tidak ada duit, tetapi dia mempunyai nyawa! Dia tidak akan akur dengan keadaan pemerasan dan penipuan.

"Saya tidak perlukan duit." Song Shuhang berkata, tetapi berasa sebaliknya, dia kekurangan duit kebelakangan ini. "Saya perlu awak untuk menyiasat beberapa perkara.:

Kuasa seorang lelaki terhad, tetapi budak jahat mempunyai sumber maklumat mereka yang tersendiri.

Mungkin dia boleh mendapat maklumat daripada budak jahat tentang orang yang menyiasatnya semalam.

Walaupun dia sudah bersedia untuk mendapatkan pertolongan daripada Mahaguru Ubat, membuatkan lebih banyak persediaan bukan perkara yang buruk!

Selepas seketika.

Nan Haomeng menggaru kepalanya, "Awak nak saya mencari orang untuk membantu awak mencari orang yang menyiasat awak petang semalam?"

Perkara seperti ini tidak susah. Seseorang itu hanya perlu tahu pelajar mana yang ditanya oleh penyiasat itu, dan melalui pelajar itu, cuba dapatkan gambaran wajah penyiasat itu, dan membuat kesimpulan tentang identiti penyiasat. Kalau itu tidak berkesan, dia mempunyai cara untuk mendapatkan video kamera keselamatan di pintu kolej; dia mempunyai rangkaian kolej yang kukuh.

Tetapi, walaupun dia kalah dalam perlawanan, kenapa dia perlu membantu Song Shuhang?

Dia hanya mahu seorang lawan untuk bertarung, tetapi tidak setuju untuk menolongnya selepas dia kalah. Paling teruk pun, dia akan berlawan sekali lagi!

"Awak akan tolong saya, kan? Senior Nan!" Song Shuhang mencangkung di tepi Nan Haomeng, menajamkan mata dan mendedahkan wajah yang berbahaya.

Jika Nan Haomeng berani untuk menjawab 'tidak', dia akan bunuh tapi tidak akan dikebumikan!

Ekspresi Nan Haomeng berubah dengan drastik, menggaru kepalanya, dan ketawa, "Boleh. Saya akan mendapatkan pertolongan beberapa budak tak guna dan kawan mereka, tapi saya tak boleh berjanji saya akan mendapatkan hasil."

Dia berasa pada ketika itu jika dia tidak bersetuju… sesuatu yang buruk akan berlaku!

Song Shuhang bersenyum lebar "Baiklah, terima kasih, Senior Nan!"

Selepas pertarungan itu, Song Shuhang berasa sangat gembira. Pertarungan ini bukan sahaja membolehkannya meregangkan otot dan sendinya, malah membantunya untuk mendalamkan pemahamannya tentang <Teknik Penumbuk Buddha Asas>.

Penyedaran ini tidak sama dengan penyedaran yang disuap dalam 'ruangan ilusi'. Penyedaran jenis ini yang berasal daripada pertarungan lebih fleksibel. Ia membolehkan Song Shuhang melaksanakan <Teknik Penumbuk Buddha Asas> dengan lebih cekap. Ia boleh menyimpan lebih stamina dan mencipta lebih qi dan darah!

Pengalaman pertarungan sebenar memang lebih hebat daripada ilmu secara teori!

'Mungkin saya patut mencari lebih banyak lawan untuk berlatih teknik tumbukan saya? Hmm, saya akan bertanyakan Mahaguru Ubat esok sama ada pertarungan sebenar mempunyai kesan yang lebih baik untuk saya pada tahap ini.' Song Shuhang berfikir.

Dia kembali ke asrama tanpa masalah.

Song Shuhang secara biasa membuka Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah dan nampak banyak mesej yang belum dibaca.

Yang pertama merupakan log mesej dari petang tadi, apabila Mahaguru Ubat menerima dua Teknik Penubuhan Asasi untuk Song Shuhang.

Mesej seterusnya datang dua minit sebelum itu, dari Tukang Tilik Tembaga Tiga Simbol Abadi. "Mahaguru Abadi ini mengira, selepas seketika, akan tiba masa untuk meditasi terpencil seratus lima puluh tahun 'Raja Agung Putih' berakhir, betul?"

Pertapa Bebas Sungai Utara menghantar satu 😑, dan lepas seketika, dia menaip, "orang yang gila pertapaan, dan tokoh untuk generasi saya. Selepas keluar kali ini, dia sepatutnya mendekati Yang Mulia Rohani Tahap Ketujuh, betul? Saya rasa tak lama lagi kita perlu menggelar Senior Putih sebagai Yang Mulia Putih."

"Masalah yang paling penting ialah, dia pasti menghubungi kita selepas dia keluar, betul? Pada masa tu, siapa yang akan pergi menjemputnya?" Seorang ahli dengan ID Si Mabuk Rembulan Yang Arif menyambung.

Si Mabuk Rembulan Yang Arif… Song Shuhang berasa nama ini macam pernah dengar. Ia merupakan seorang yang muncul dengan banyak dalam sembang, tetapi disebabkan alasan yang tidak diketahui, tidak ada kehadiran yang kuat. Shuhang akan melupakannya dengan segera selepas dia memusing kepala.

Apabila mesej Si Mabuk Rembulan Yang Arif dihantar, satu grup menjadi senyap.

Selepas masa yang lama, Pertapa Bebas Sungai Utara menaip. "Saya akan sebut sekarang, saya dah pergi sebelum ni. Tak mungkin sampai saya lagi kali ni!"

Daripada nadanya, ia kelihatan seperti menjemput orang yang meninggalkan pemencilan merupakan perkara yang sangat menakutkan? Malah Pertapa Bebas Sungai Utara yang biasanya suka menyambut tetamu pun akan berasa takut? 

Pendekar Berang Melulu Tiga muncul, "Kebelakangan ni, saya berasa alam saya mula bergerak, dan saya akan bermeditasi dalam pemencilan untuk beberapa tahun. Kau orang jangan rindu saya!"

"Melulu Tiga, awak ingat awak tipu siapa? Awak baru saja mencapai peringkat akhiran Alam Maharaja Rohani tak lama sebelum ni, masih ada lama lagi untuk awak mengalami apa-apa pelepasan 😏" Pertapa Bebas Sungai Utara menjawab.

"Saya ada pertemuan yang berhasil kebelakangan ni, itulah sebabnya alam saya sedang menaik tinggi. Tak kisah kalau kau orang percaya atau tidak, asalkan saya percaya. Lagipun, saya akan bermeditasi dalam pemencilan, oleh itu apa-apa masalah yang berlaku, jangan mencari saya untuk pertolongan." Pendekar Berang Melulu Tiga menjawab dengan berkeras.

"Kenapa perlu bergegas?" Tukang Tilik Tembaga Tiga Simbol Abadi berkata dengan tenang, "Dia bukannya keluar sekarang, masih ada masa yang lama lagi. Perkara-perkara akan selesai dengan sendirinya pada masa itu, mesti ada jalan penyelesaiannya."

"Tukang Tilik, adakah awak ada rancangan yang hebat?" Pertapa Bebas Sungai Utara bertanya.

Tukang Tilik Tembaga Tiga Simbol Abadi, "Hmm, saya ada rancangan yang hebat. Tapi saya takkan beritahu awak, Sungai Utara, oleh itu jangan harap lagi."

'Celaka!' Sungai Utara mencengkam penumbuknya. 'Haram jadah. Saya akan menyeksa tukang tilik ini sampai mati dalam pertarungan tiga bulan nanti di puncak Kota Larangan, dan saya akan belasah awak sampai mak awak sendiri pun tidak dapat mengenali awak.'

Song Shuhang menatal log mesej, dan ingin menghantar mesej untuk menunjukkan kehadirannya. Tetapi, dia tidak tahu kenapa, apabila Tukang Tilik Tembaga Tiga Simbol Abadi menyebut 'rancangan hebat' dia, dia menggigil dari dahinya ke bunga kekwanya.

Dia ada prarasa—jika dia mengganggu, ia hanya akan membawa masalah

Oleh itu, Song Shuhang menggelengkan kepalanya dengan tegas, menutup komputernya, menaik katil dan tidur.

下一章