webnovel

Raksasa Lava

編輯: EndlessFantasy Translation

Ini… Racun Janin Semulajadi!

Ia sejenis racun semula jadi!

Selepas mengenal pasti racunnya, Zhang Xuan berasa seakan dia akan jadi gila.

Racun Janin Semulajadi ini akan terkena pada bayi semasa ia masih dalam kandungan ibunya. Racun ini akan bergabung dengan darah dan jiwa seseorang dan ini membuat ia mustahil untuk disembuhkan.

Zhao Ya mempunyai Badan Yin Semulajadi dan selepas mengaktifkan keadaan badan uniknya itu, dia akan memiliki kekuatan dan kejelitaan yang menakjubkan. Manakala, Yun Tao mempunyai Badan Keturunan Diraja dan selepas mengaktifkannya, ketahanannya akan menjadi kebal seolah-olah dia perisai manusia…

Zhang Xuan selama ini sedikit cemburu terhadap mereka dan sekarang, dia menyedari dia juga mempunyai keadaan badan unik seperti mereka juga, cuma…

Semua ini tergolong dalam keadaan badan unik, kenapa pula terdapat jurang begitu besar?

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章