webnovel

Musuh Handal Menyerang

編輯: EndlessFantasy Translation

"Ketua Besar, kamu tak apa-apa?"

Batu-batu jatuh bergolek ketika Ketua Besar perlahan-lahan merangkak keluar dari runtuhan batu itu. Wajahnya kelihatan begitu teruk. Hujung misai lentiknya menegak dan rambutnya kusut-masai.

Apabila Ketua Keenam terlihat lubang besar yang terbuka pada dada Chu Changsheng, dia menjadi cemas. Adakah orang tua dari Tanah Suci Mata Air Syurgawi begitu kuat sehingga dia dapat membuatkan Chu Changsheng cedera teruk?

"Saya tak apa-apa. Kecederaan orang tua itu lebih teruk daripada saya," Chu Changsheng berkata bersahaja. Cahaya terang bersinar pada tapak tangannya. Dia menutupi lubang terbuka pada dadanya dengan tapak tangannya. Daya tulen meluru keluar dan bunyi berdesis kedengaran. Kemudian, daging pada dadanya mula menggeliang-gelut dan perlahan-lahan membentuk ke arah tengah-tengah dada untuk menutupi luka.

Selepas melepaskan tangannya, satu parut yang menakutkan kelihatan pada dadanya.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章