Suara lelaki yang dikenali ramai bergema ke seluruh plaza tengah.
Disebabkan oleh susunan magik, dataran tengah yang musnah itu perlahan-perlahan membaik pulih secara semulajadi. Sanga bercantum dengan sendiri, seperti mengalirnya air dan membentuk tanah yang baru.
Di sebalik bunyi halus kawasan yang sedang memulih, mata penonton terbeliak apabila mereka memandang arah datangnya suara lelaki itu — Kapal Alam Kubur.
Di atas kapal itu, terdapat seekor anjing hitam yang lemak badannya bergoyang-goyang perlahan. Apabila anjing itu bersin, Han Li yang berperisai perak telah terpelanting di udara.
Selepas Han Li mengimbangi badannya, dia berasa amat terperanjat!
Anjing ini...bukan sebarang anjing. Hanya dengan hembusan bersin yang amat kuat telah menyebabkan dia terpelanting. Ini... Apa sebenarnya sedang berlaku?
Adakah dia ketinggalan sesuatu yang amat penting?
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者