Sebaik sahaja Nangong Wuque mendengar berita yang disampaikan oleh pelayan itu, dia terus menggelengkan kepalanya. Dia menyangka pelayan itu sedang berjenaka, tetapi apabila dia melihat matahari tergantung tinggi di langit, mulutnya ternganga luas.
Alamak. Dia terlepas waktu pertandingan itu! Sekarang sudah pukul berapa?!
Ini sesuatu yang berada di luar jangkaannya…
Sebenarnya, dia merancang untuk menggabungkan dirinya Api Raja Sembilan Neraka itu sepanjang malam dan apabila matahari terbit, dia akan bergegas ke plaza Bandar Kabus Langit dan mengalahkan Bu Fang dalam perlawanan itu.
Walau bagaimanapun, manusia hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan. Nangong Wuque tidak menyangka penggabungannya dengan Api Raja Sembilan Neraka itu memakan masa yang sangat lama.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者