webnovel

Janji Seorang Manusia Seberat Sembilan Kawah

編輯: EndlessFantasy Translation

Tuan Segala Anjing itu akhirnya dapat memakan Ayam Dadu Pedas itu.

Apabila Bu Fang melihat ekspresi bingung yang terpancar di wajah Si Hitam, dia mengeluarkan semangkuk lagi hidangan itu lalu meletakkannya di hadapan anjing itu.

Si Hitam mendapati Bu Fang sedang memandangnya dengan rasa hina dan anjing itu hampir-hampir meletup kerana terlalu marah.

Adakah Bu Fang mahu Tuan Segala Anjing ini makan dengan menggunakan penyepit? Melampaunya budak ini…

Dengan hati yang meluap-luap dengan kemarahan, Tuan Segala Anjing itu merenung tajam ke arah Bu Fang dan terasa hendak sangat menggigit-gigit budak itu. Walaupun begitu, Si Hitam menahan dirinya daripada berbuat demikian. Kalau anjing itu membunuhnya sekarang, siapa yang akan memasak Tulang Rusuk Masam Manisnya nanti…

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章