Duan Ling terlalu marah sehingga bulu roma di seluruh tubuhnya meremang. Sebilah pedang merah darah berputar-putar di sekeliling tubuhnya dengan culak-caling. Dia sangat kecewa kerana dia gagal mengawal susunan magiknya.
Orb Roh Maut itu sepatutnya terapung di atas Api Zalim Sepuluh Ribu itu. Duan Ling mahu berpuluh-puluh ribu intipati roh di dalam Orb Roh Maut itu dibakar oleh Api Obsidian Syurga dan Bumi itu. Selepas dibakar, intipati roh itu akan bertukar menjadi tenaga semangat dan kemudiannya akan mengalir masuk ke dalam tubuhnya.
Ini akan membantunya melepaskan dirinya dari eselon Daulat Pertempuran dan mencapai tahap pertapaan yang baru.
Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Kegembiraan menyelubungi dirinya apabila pertapaannya menjadi semakin kuat.
Namun begitu, sinaran tenaga semangat yang berpancar dari langit itu tiba-tiba lenyap dan Duan Ling rasa seperti degupan jantungnya berdetup. Dia berasa tidak sedap perut.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者