webnovel

Kek Tahun Baru Seribu Balutan Sutera

編輯: EndlessFantasy Translation

"Sedap tak rasanya?" Xiao Yanyu bertanya dengan gugup. Matanya semakin bersinar terang sambil dia melihat Bu Fang menyuap Kek Nanas Hati Jed.

Bu Fang mengerutkan keningnya. Sambil dia menikmati rasa kek nanas yang aneh itu, wajahnya nampak sedikit pelik... Dia berkata dalam hati, 'Betulkah kek ini dimasak orang yang sama? Perbezaan rasanya ketara betul…'

"Rasanya… tak begitu sedap. Manis sangat. Lagipun, intinya sudah terlalu keras kerana dikukus lama sangat. Tambahan pula..."

Tanpa disedari, Bu Fang menyatakan semua kelemahan kek itu. Dia memang serius tentang makanan. Disebabkan itu, dia akan bercakap tanpa henti bila dia mula memberi penilaian.

Xiao Xiaolong dan Ouyang Xiaoyi tergamam dan hujung mulut mereka menggerenyet sambil memandang Bu Fang yang semakin bersemangat meneruskan penilaiannya...

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者

下一章