webnovel

Jangan Takut, Jawab Soalan Saya

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Pertapa Bebas Sungai Utara memberi cadangan," Jadi, saya nasihatkan untuk anda mendapatkan tahap kekuatan yang diperlukan terlebih dahulu dan jika anda mempunyai lebihan cecair penguat badan selepas menggunakannya untuk pertapaan, barulah anda boleh memberikannya kepada orang lain. Semasa proses ini juga, anda perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara lain.

Apabila anda tidak mempunyai kekuatan untuk melindungi diri, status anda sebagai pertapa tidak boleh didedahkan untuk mengelakkan daripada bahaya kepada anda dan juga keluarga anda. Ini bukan amaran yang tidak berasas. Sejak zaman purba lagi, ramai pertapa yang gagal mengikuti arahan ini dan telah menjadi mangsa. Jadi, sebelum anda berikan cecair penguat badan kepada rakan-rakan dan saudara-mara anda, anda perlu mencari alasan yang munasabah untuk melindungi rahsia tentang asal-usul cecair penguat badan dan kesan yang diperoleh daripadanya."

Song Shuhang mengangguk. Dia memahami kenapa Pertapa Sungai Utara memberikan nasihat sebegitu kepadanya. Seseorang individu tidak sepatutnya mencederakan orang lain tanpa sengaja, tetapi dia juga sepatutnya melindungi diri sendiri daripada kecederaan.

"Lagipun, Cecair Penguat Badan ini bukan untuk semua orang. Sebelum mengambilnya, qi dan darah di dalam orang yang akan meminumnya mestilah banyak. Bagi orang yang sudah meningkat usia, qi dan darah di dalam badan mereka emakin merosot. Jadi mereka tidak boleh menggunakan Cecair Penguat Badan kerana terdapat risiko untuk kehilangan nyawa yang lebih tinggi buat mereka. Biasanya, sesebuah sekta memberikan cecair itu kepada pengikut baharunya. Walau bagaimanapun, pengikut baharu tersebut mesti berlatih selama beberapa bulan hingga setengah tahun supaya qi dan darah di dalam tubuh mereka telah mencapai kekuatan tertinggi sebelum meminum cecair itu." Pertapa Bebas menjelaskan dengan tenang dan sabar. 

Setelah membaca nasihat daripada Pertapa Bebas itu, Song Shuhang tidak dapat menahan rasa kecewa. Ibu bapanya telah melepasi usia muda mereka dan tenaga qi serta darah dalam tubuh mereka sudah mula merosot. Adakah itu bermaksud mereka tidak boleh menggunakan Cecair Penguat Badan itu?

"Tetapi rakan kita Shuhang ini terus meminumnya dan dia masih kuat dan selamat. Adakah anda bersenam setiap hari?" Pertapa Bebas Sungai Utara tiba-tiba terfikir sesuatu dan bertanya.

"Uh... sebelum ini, saya telah mengekalkan rutin senaman yang ketat. Bagaimanapun, saya berhenti bersenam sejak lebih dari setahun lalu," kata Song Shuhang dengan malu.

"Sudah lebih setahunkah anda tidak bersenam? Adakah anda ada merasa tidak selesa selepas mengambil Cecair Penguat Badan itu?" Pertapa Bebas Sungai Utara agak terkejut. Jika itu benar, maknanya kekuatan semula jadi tubuh Song Shuhang itu sememangnya tidak stabil, atau...

Song Shuhang menjawab, "Saya tidak merasakan apa-apa ketidakselesaan pada mulanya. Cuma saya berasa seperti tekak saya terbakar dan pedih. Selepas itu, saya hanya berasa selesa dan bertenaga."

"Menarik. Rakanku Shuhang, saya ada soalan untuk anda. Jangan malu, jawab soalan saya." Pertapa Bebas Sungai Utara mula melontarkan pertanyaan, "Pernahkah anda mempunyai seorang teman wanita?"

Soalan itu dilontarkan kepada Shuhang secara tiba-tiba. Apa kaitan di antara Cecair Penguat Badan dengan mempunyai teman wanita?

Soalan ini juga bukanlah sesuatu untuk dimalukan, bukan?

Song Shuhang menjawab, "Saya baru masuk ke kolej baru-baru ini, jadi saya tidak berpeluang untuk mempunyai teman wanita."

"Dengan kata lain, anda belum ada pengalaman lagi? Anda masih berstatus teruna, bukan?" Pertapa Bebas Sungai Utara bertanya.

Song Shuhang menjawab, "Kenapa cara Tuan mengajukan pertanyaan. Saya rasa dimalukan dengan soalan sebegini."

"Oh, jadi anda masih teruna. Hahaha, saya cuma bertanya dengan jujur. Adakah anda mahu saya bertanya dengan kiasan? Saya masih ada satu soalan," Pertapa Bebas Sungai Utara tertawa nakal, " Adakah anda pernah bertindak seperti seekor King Kong sambil menggilap buah pisang yang anda pegang untuk seorang wanita yang anda sukai di atas bangunan Empire State?"

"Itu bukan kiasan!! Itu jenaka lama yang semua orang sudah boleh faham!" Song Shuhang membalas, tersinggung, "Tapi, kenapa King Kong? Tuan Sungai Utara, adakah anda tidak mempunyai teman untuk menemani anda menonton filem?"

"Nah, saya salah seorang yang paling progresif dan moden dalam kumpulan ini. Jawab soalan saya, jangan cuba mengelak. Adakah anda pernah menggosok 'tongkat' anda?" Pertapa Bebas Sungai Utara terus bercakap, "Jangan malu, jawab soalan saya."

"Tidak." Song Shuhang mengetap giginya sambil menaip satu perkataan. Dahulu pernah berlaku satu peristiwa yang memalukannya. Jadi dia tidak pernah berpeluang untuk menjadi King Kong seperti yang dikatakan oleh Pertapa Bebas Sungai Utara itu. Dia tidak akan menyebut lagi tentang peristiwa itu. Sekiranya boleh, dia mahu menimbuskan dirinya ke dalam tanah.

"Oh, anak muda itu mempunyai potensi." Pertapa Sungai Utara tertawa dengan kuat, "Soalan terakhir, adakah anda telah meninggalkan mimpi lama anda itu di padang berumput?1 "

"Apa?" Song Shuhang tidak dapat memahami pertanyaan Pertapa Bebas Sungai Utara itu yang kini nampaknya telah menukar topik perbualan dengan pantas. Dia baru sahaja ditanya sama ada dia masih seorang teruna. Kini apa pula kaitan mimpinya dengan padang berumput?

"Betulkan? Anda tidak akan faham soalan berbentuk kiasan yang saya berikan. Saya akan bertanya kepada anda secara berterus terang, adakah anda pernah mendapat mimpi basah? Anda bukanlah seorang kanak-kanak lagi, jadi ini masa yang sesuai untuk itu, bukan?" Pertapa Bebas Sungai Utara masih bermain dengan jenaka kiasannya yang penuh dengan lapisan itu.

"…" Sebolehnya Song Shuhang tidak mahu menjawab soalan itu. Tetapi dia mengumpulkan keberaniannya dan mula menjawab, "Baiklah, saya tidak pernah mengalami mimpi yang saya ditinggalkan di padang rumput. Tetapi, badan saya sememangnya sihat. Saya baru berusia lapan belas tahun. Biasanya, seseorang remaja akan mendapat mimpi sebegitu pada usia enam belas hingga dua puluh tahun. Saya tidak kisah sekiranya ia berlaku lebih lewat kepada saya!"

"Kenapa kau perlu beritahu semua ini? Saya tidak mengatakan tubuh kau tidak sihat." Pertapa Sungai Utara meneruskan, "Saya hanya mahu katakan saya sudah menyangka dalam tubuh kamu masih kuat dan kamu sebenarnya masih muda. Semuda kanak-kanak lelaki. Jadi, walaupun kamu tidak bersenam selama setahun, kamu masih kuat kerana tubuh kamu masih muda. Kamu patut bersyukur kerana belum pernah melalui peristiwa King Kong itu lagi dan masih menyimpan yang asal dalam tubuh kamu. Jika tidak, Cecair Penguat Badan yang kamu minum tanpa usul periksa itu boleh merosakkan badan kamu serta-merta. Atau dengan kata lain, darah meleleh keluar dari badan kamu dan meletup dengan mengeluarkan bunyi 'pop!'" Pertapa Bebas Sungai Utara tertawa.

Song Shuhang terasa seperti ingin mencekik Pertapa Sungai Utara pada masa itu.

"Haih." Mahaguru Abadi Tiga Simbol Tembaga muncul sambil mendesah panjang, "Rakanku Shuhang, walaupun saya terhibur kerana melihat anda dipermainkan oleh Pertapa Sungai Utara, saya ingin mengingatkan anda. Bukankah anda tahu perisian sembang mempunyai fungsi perbualan peribadi?"

"…" Song Shuhang sedang menahan tangis.

Selepas itu, Song Shuhang berbual-bual selama beberapa minit bersama mereka, kemudian mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan itu dan log keluar dari perbualan tersebut.

Pada masa ini, Mahaguru Abadi Tiga Simbol Tembaga memulakan perbualan peribadi dengan Pertapa Bebas Sungai Utara, "Sungai Utara, kenapa kau mencadangkan pertapaan bebas buat dia? Kita berdua pertapa bebas dan kita tahu yang laluan pertapaan ini sangat sukar!"

Dia sedar akan kesulitan yang dihadapi oleh pertapa bebas. Jadi sebab itulah dia tidak dapat memahami mengapa Pertapa Sungai Utara mencadangkan Shuhang untuk menjadi pertapa bebas. Bukankah lebih baik sekiranya dia menasihatkan Shuhang untuk menyertai mana-mana sekta dalam kumpulan itu?

Pertapa Bebas Sungai Utara menghela nafas sambil berkata, "Mestilah aku tahu masalah yang perlu dihadapi oleh seseorang pertapa bebas itu jauh lebih sukar daripada mendaki langit. Sebolehnya aku tidak mahu Shuhang memilih laluan pertapaan bebas ini."

Mahaguru Abadi Tiga Simbol Tembaga bertanya sambil mengerutkan keningnya, "Jadi mengapa kau mencadangkan kepada dia? Kita ada banyak sekta dalam kumpulan ini. Lagipun, ramai rakan dao mempunyai kedudukan yang tidak kurang hebatnya dalam sekta mereka. Dengan cadangan mereka, pasti mudah untuk mencari sekta yang sesuai buat Shuhang."

"Masalahnya usia dia." Pertapa Sungai Utara menyambung ceritanya, "Kau perlu ingat berapa umur Song Shuhang itu. Dia berusia lapan belas tahun, usia ini bagi orang biasa langkah permulaan dalam hidup seseorang. Bagi pertapa pula, dia telah melepasi had usia untuk Pertubuhan Asas."

Pertapa yang lebih moden biasanya bersetuju usia terbaik untuk melengkapkan Pertubuhan Asas sekitar empat hingga lima tahun. Pada masa ini, otot dan tulang kanak-kanak itu masih lembut. Tetapi yang lebih penting, nafas qi sejati yang lahir dari rahim masih wujud. Selepas berjaya melalui Pertubuhan Asas, pertapa itu boleh bergabung dengan qi sejati yang semula jadi dan menghasilkan asas yang kukuh dalam laluan pertapaan mereka. Dengan kewujudan qi sejati yang semula jadi itu, tidak akan ada kesukaran yang perlu dilalui oleh mereka pada masa depan sehingga mencapai Tahap Tiga!

Tetapi dalam tempoh ini, tubuh kanak-kanak sangat rapuh dan lemah, jadi 'jumlah' qi dan darah tidak mencukupi. Walaupun di antara pengikut yang dipilih sendiri oleh sesebuah sekta, tidak semua yang berjaya menyelesaikan Pertubuhan Asas pada usia empat hingga lima tahun.

Pada usia itu had masa yang paling sesuai untuk Pertubuhan Asas. Usia paling lanjut yang sesuai untuk peringkat ini ialah pada usia lapan tahun.

Selepas usia lapan tahun, qi sejati semula jadi dari rahim akan hilang sepenuhnya. Sebaik sahaja peluang itu terlepas, ia tidak akan dapat dicapai lagi. Tanpa qi sejati semula jadi itu, walaupun dengan Pertubuhan Asas, laluan pertapaan akan menjadi sangat sukar. Setiap kemajuan tahap akan memakan lebih dari separuh masa dan sumber berbanding pertapa yang berjaya melepasi peringkat Pertubuhan Asas sebelum berusia lapan tahun.

Lapan belas tahun... usia itu sudah sepuluh tahun lebih tua!