webnovel

My bodyguard be my lover

Banyak orang yang membenci Elita kerana sikapnya yang sangat sombong dan berlagak.Suatu hari,ketika dia balik dari Amerika Syarikat,dia bertemu dengan Gavin.Disebabkan Elita mempunyai ramai musuh,ayahnya meminta pertolongan daripada Gavin untuk menjadi pengawal peribadi Elita dan dapat mengubah sikap Elita.Elita sentiasa menghina Gavin sehingga mereka selalu bergaduh.Tanpa disangka Elita telah jatuh cinta terhadap Gavin secara tiba-tiba.Kerana Gavin juga,dia telah berubah.

zur_nie · Thành thị
Không đủ số lượng người đọc
28 Chs

Tak mudah...

Ketika bekerja,Elita tak dapat melawat Haura.Hari ini mereka diberikan masa untuk berehat.Elita mengambil peluang ini untuk melawat Haura.Elita bangun pada waktu pagi dengan mukanya yang sangat ceria.Setelah bersiap Elita mengulas tombol pintu.Pintu biliknya dibuka.Elita keluar dan menuju ke bilik Gavin.

Senyuman terukir pada bibirnya melihat gambar dirinya bersama Amelia.

"I miss you so much Amelia.." kata Gavin.

Lamunannya terhenti saat pintu bilik diketuk.Gavin melepaskan keluhan kecil.Dia menyimpan gambar tersebut di bawah bantalnya.Dia berjalan dengan perlahan dan membuka pintu.

Elita terkejut melihat Gavin.Gavin juga turut terkejut kerana dia hanya memakai seluar jeans.Elita menutup mukanya dan menoleh ke belakang.Mukanya mulai merah menahan malu.

"Boleh tak pakai baju?Ni tak!Saya tak sukalah!"kata Elita sambil berpeluk tubuh.

"I'm sorry"balas Gavin.

"Pakai baju awak tu!Cepat"arah Elita.

"Ok"Gavin menuju ke katil dan memakai T-shirt hijau.

Elita menampar pipinya kerana membayangkan badan Gavin yang terserlah dengan dada bidangnya dan six packs.

"Auch sakit,gila!Bukan mimpi rupanya..malunya"bisik hati Elita.

"Dah"kata Gavin.Elita menoleh ke arah Gavin sambil berpeluk tubuh memandangnya

"Awak masih marah ke?"tanya Gavin.

"Mestilah!"balas Elita dan menjelingnya.Elita turun ke bawah meninggalkan Gavin.

Gavin menggeleng laju dan tersengih.

"Padan muka!Siapa suruh panggil aku haha"katanya dalam hati.

***

"Elita nak pergi kat mana?"tanya Puan Jefina pada Elita.

"Jumpa Haura"balas Elita.

"Ok take care"balas Puan Jefina.Elita bersalaman dengan Puan Jefina.

"Gavin,tunggu jap sebab uncle nak jumpa awak"

"Ok"balas Gavin.

Elita menuju ke keretanya menunggu Gavin.Encik Alvis berjalan ke arah mereka dan merangkul pinggang Puan Jefina.Gavin tersenyum.

"Morning Gavin"

"Morning uncle,kenapa uncle nak jumpa saya?"

"Terima kasih sebab awak ,Elita dah berubah sikit.Dan sekarang dia dah kurang sakitkan hati orang lain.Uncle harap Gavin dapat ajar Elita tentang kebaikan sekali lagi"

"Sama2, saya cuma jalankan tugas ni dan ikut arahan uncle je"

"Uncle dan aunty doakan Gavin dan Elita akan ditakdirkan jodoh,Tolong jaga Elita untuk kami"

Gavin mengangguk faham.Walau bagaimanapun Gavin tetap tak nak membantah kerana tak nak membuat ibu bapa Elita sedih.Sebelum pergi,Gavin berjabat tangan dengan mereka berdua.

***

Puan Greisy menjemput Elita dan Gavin masuk ke dalam rumahnya.

"Jemput duduk,aunty nak panggilkan Haura dahulu ya"kata Puan Greisy

Elita dan Gavin mengangguk.Puan Greisy naik ke atas meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.Gavin duduk di sofa kulit itu,Elita turut melabuhkan punggung di sisinya.Jarak mereka dekat sampai bahu Gavin hampir bersentuhan dengan bahu Elita.Elita menjarakkan badan daripada Gavin.Gavin ingin mengajak Elita berbual tetapi dia membatalkan niatnya.Tak lama kemudian,Puan Greisy turun ke bawah bersama Haura.

"Morning Elita and Gavin"tegur Haura.

"Morning"balas Elita dan Gavin.

Haura duduk di sebelah Puan Greisy sambil menunjukkan senyuman manisnya.

"Elita ada nak tanya kat aunty"

"Ok apa dia?"

"Saya nak ajak Haura kerja kat pejabat ayah saya, aunty benarkan ke?"soal Elita.Berharap Puan Greisy akan bersetuju.

"Yes aunty memang benarkan pun,biar Nathan je yang tolong aunty kat pejabat"

"Thank you so much aunty"

"You're welcome.Aunty akan selalu sokong Elita untuk kembalikan ingatan Haura"

Elita tersenyum gembira.

"Elita nak ajak Haura keluar ke?"soal Puan Greisy sekali lagi.

"Ya aunty,boleh tak?"

"Boleh je Elita,aunty nak pergi ke pejabat sekarang"

"Thank you aunty"balas Elita dan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Puan Greisy.

"Hantar Haura ke rumah sebelum pukul 10 ok"kata Puan Greisy.

"Baiklah aunty"balas Elita.Haura memeluk Puan Greisy dan berjalan beriringan bersama Elita.

"Jaga diorang berdua ya"kata Puan Greisy.

"Ok aunty"Gavin melambaikan tangan pada Puan Greisy dan mengekori Elita dan Haura dari belakang.

"Kau nak mati atau hidup?"Alden mengajukkan pistol di kepala lelaki tersebut.

"Nak hidup"balasnya dengan gementar

"Kalau kau nak hidup kau perlu tolong aku"Alden tersengih.

"Ok ok aku sanggup buat apa je yang kau suruh,yang penting lepaskan aku.Aku tak nak mati awal sebab aku masih ada isteri dan anak2 kat rumah"

"Nice bro!"Alden meletakkan pistolnya di meja dan mengambil duitnya.

"Apa yang kau nak suruh aku buat?"

"Aku nak kau tolong aku dengan Hadzwan bunuh orang"

"Bunuh orang?Tapi.."

"Kau nak mati awal ke?"

"Erh tak tak,ok aku setuju"

"Good!Aku nak tanya ni kau kenal Elita tak?"

"Elita?budak sombong tu?Eh mestilah aku kenal weii,tapi aku hairanlah tengok dia tu dah berubah ,dulu dia tak reti nak senyum sekarang dah pandai senyum kat sesiapa pun"

"Sebab dia dah ada pengawal peribadi , pengawal peribadi dia tu yang ajar kebaikan pada dia.Baiklah,aku akan bagi duit pada kau kalau kau buat kerja yang aku suruh,kau nak kan duit?"

Alden menampar muka lelaki tersebut dengan duit yang banyak di tanggannya.

"Aku nak,aku sanggup.Panggil je aku Ovid"

"Ok"Alden dan Hadzwan ketawa melihat Ovid.Ovid diam membisu kerana takut.

***

Elita dan Haura memilih baju.Gavin pula sibuk bermain game PUBG.Tersengih seorang diri kerana menang.

"Hi baby"

Gavin mengangkat mukanya dan melihat gerangan siapa yang memanggilnya.Dia mengerutkan dahinya melihat Elmira berada di depannya.Elmira senyum dan melabuhkan punggung di sisi Gavin.

"Baby tunggu siapa kat sini?"

Gavin masih berdiam.Dia terus menumpukan perhatian pada game kegemarannya dan tidak mempedulikan Elmira.

"Baby!I tengah cakap dengan you tahu tak?"Elmira memukul bahu Gavin.

Gavin memasukkan telefonnya dalam poket seluar dan menoleh ke arah Elmira.

"Awak nak apa lagi?"tanya Gavin dengan mukanya yang sangat serius.

Nampak sangat Gavin tak suka Elmira duduk di sebelahnya.Namun bagi Elmira dia lebih suka mengusik Gavin.

"I cuma nak ajak you berbual je,tak boleh ke?"

"Ok fine,apa yang awak nak katakan?"balas Gavin.

"Kenapa awak duduk kat sini?Awak tunggu siapa?"

"Tunggu Elita dan Haura"

"Haura?"

"Ya"

"Erm yelah,awak ..awak..I miss you,do you miss me?"

"No"balas Gavin,bersahaja.

"Baby,please love me"kata Elmira.

Gavin berpeluk tubuh dan berdiam.Malas nak layan rayuan Elmira.

"Elita"kata Haura sambil menepuk bahu Elita.

"Kenapa?"

"Tengok kat sana,siapa perempuan yang kat sebelah bodyguard awak tu?"

Elita keliru.Dia melihat tempat Gavin."Elmira?Dia buat apa kat sini?huh.."bisik hatinya.Elita menjeling dan sambung memilih baju.Haura masih fokus melihat ke arah Gavin.

"Tengok tu ,Elita.Dia pegang tangan Gavin"

"Biarkan je dia tu dengan Elmira"

"Nama dia Elmira ke?"

"Ya"

"Gediklah perempuan tu,tak padan sangat dia dengan Gavin.Dia tu teman wanita Gavin ke?"

"Mungkin.."balas Elita.

"Tapi awak lebih padan dengan Gavin"

Elita mengelenggeng.Tanda tak setuju.Haura mengusap bahu Elita.

"Takpe sabar je.Kalau ada jodoh, awak berdua pasti akan disatukan"

Elita tergamam melihat kawan baiknya semakin pandai berkata-kata.Elita ketawa kecil.

"Amboi..haha taklah"balas Elita.

"Awak mesti percaya Elita,jaga Gavin tu,jangan biarkan dia dirampas oleh orang lain"

Elita bercekak pinggang dan tersenyum.Lucu mendengar apa yang dikatakan oleh Haura.Tapi ada betulnya juga kan?Who know?

"Macam mana jugalah kami dapat saling mencintai kalau masing-masing dah ada pasangan"

"Dia dah ada teman wanita ke?Siapa?Ke perempuan yang duduk kat sebelah dia tu?"

"Nama dia Amelia.Bukan perempuan gedik yang kat sebelah Gavin tu"

Giliran Haura pula yang ketawa kecil.

"Takpe saya akan doakan awak berdua adalah jodoh yang ditakdirkan untuk bersama"kata Haura.

Elita mengelenggeng laju dan tersenyum lagi.Haura melihat kembali tempat Gavin.

"Eh dia takdelah kat sana"

"Mungkin dia temankan perempuan gedik tu pergi tempat lain kot"balas Elita sambil memilih baju.Namun fikirannya melayang jauh berfikir ke mana perginya Gavin.

"Elita tengok kat depan awak"Haura tersengih.

"Huh why?"Elita menoleh ke depan.Dia terkejut melihat Gavin berada di sebelahnya.Elita tidak mengendahnya.Haura berdehem.

"Saya nak pergi kat sana"kata Haura dan berlalu meninggalkan mereka berdua.

"Cakap balik apa yang awak katakan"arah Gavin dan tersenyum nakal melihat Elita.

"Entahlah,saya lupa"Elita menjeling.

"Ke awak cemburu tengok Elmira jumpa saya?"soal Gavin sekali lagi.

"Taklah,pergi jelah dengan dia tu.Saya tak kisah pun"balas Elita,bersahaja.Tapi dalam hatinya berharap Gavin tidak akan bersetuju.

"Tak naklah,saya cuma nak temankan awak,boleh tak?"balas Gavin.

"Up to you"balas Elita.

"Cantiklah baju ni,tapi tengoklah harganya"kata Gavin.

"Tak payah sibuk!"balas Elita.Dia melihat harga baju itu.Mahal sangat.Betul apa yang Gavin katakan.Dia meletakkan kembali baju itu di tempat asal.Selalunya dia membeli baju tanpa melihat harganya dan sangat mahal.Tapi kali ni dia sedar setelah Gavin memberikan nasihat padanya.Berkesan juga nasihat Gavin ni padahal ibu bapa Elita telah berkali-kali memberikan nasihat namun dia masih tidak mengikut.Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

"Mahal tak?"soal Gavin.

"Erm.."balas Elita dan beralih ke tempat lain.Gavin mengekorinya.

Haura ketawa kecil melihat Gavin bersama Elita.Haura memberikan isyarat terbaik pada Gavin.Gavin tersenyum.

"Saya suapkan makanan untuk awak?Nak tak?"tanya Gavin.

"Tak nak!Tak payah nak buat drama sweet sangat boleh tak!"balas Elita dan makan makanan yang ada di depannya.

"Sweet ke?"soal Gavin.Sengaja nak mengusik Elita.Haura menundukkan kepalanya dan tersengih.

"Tanya kat Haura"kata Elita

Haura mengangkat dagunya ke atas dan melihat ke arah mereka berdua.

"Sweet"

"Tengok tu kawan awak pun sokong"balas Gavin.Elita tersengih.

"Tengok,dia dah senyumlah"Gavin merenung lama wajah Elita.Elita tidak mempedulikannya.Dia meneguk air oren.Gavin masih merenung wajahnya.Elita berhenti minum dan menoleh ke arah Gavin.Nasib dia tak tersedak ketika meneguk air oren tadi.

"Awak ni dah kenapa?Tengok2 rimaslah"

"Orang kata kalau kita tengok seseorang tu lama2, perasaan cinta akan timbul dalam hati"balas Gavin dan tersenyum.Senyuman yang boleh mencairkan hati.Elita mengalihkan pandangannya ke arah lain.Malu kerana dia hampir nak membalas senyuman Gavin.Tapi sifat ego masih menguasai dirinya.

"Buat apa?Awak kan dah ada teman wanita.So awak mesti setia pada yang satu je"balas Elita.

Gavin menundukkan kepalanya.Tidak mudah baginya untuk membuka hati pada Elita kerana dia sedar yang dia tengah menunggu Amelia.Tapi sampai bila?

"Lepas ni kita nak pergi kat mana?"tanya Haura memecahkan keheningan.

"Kita pergi kat Muzium Telekom nak tak?"kata Elita.

"Mestilah nak"balas Haura.Gavin berdiri.

"Saya nak pergi kat toilet jap"kata Gavin.Elita hanya mengangguk dan tidak memandangnya.

Selepas Gavin masuk ke dalam tandas,Haura mengajak Elita berbual.

"Tak baik awak cakap macam tu pada Gavin,tahu tak?Saya rasa Gavin tu tengah nak berusaha buka hati untuk cintakan awak"ujar Haura.

"Saya tak nak ditipu"

"Saya rasa dia tak tipu"

"Semua tu lakonan je.."balas Elita.Haura mengangguk faham.Susah sangat nak pujuk Elita untuk percaya.Elmira berpeluk tubuh.Dia tak berpuas hati melihat Gavin hanya nak menemankan Elita dan bukan dia.

"Takpe2 suatu hari nanti hubungan awak berdua akan hancur!"bisik hati Elmira.

Elita,Haura dan Gavin berjalan sambil melihat semua yang ada di dalam Muzium Telekom.Mereka bertiga juga mengambil gambar sebagai kenangan.Mereka melihat 2 buah galeri yang mempersembahkan 1 bentuk pameran secara interaktif yang unik dan menarik.Dalam galeri tersebut juga menceritakan kewujudan sistem komunikasi bermula sejak era manusia pra sejarah sehinggalah berkembang ke era serba moden.

Mereka bertiga turut mendengar penerangan melalui gagang-gagang telefon/bunyi audio yang terdapat di sepanjang laluan galeri tersebut.

Pengenalan.

Muzium Telekom adalah sebuah muzium yang terletak di dalam bangunan yang suatu ketika dulu pernah menjadi tempat di mana ibusawat telefon manual diletakkan dan ruangan bawah tanahnya pula terdapat kabel-kabel untuk peralatan komunikasi.

Kini,fungsinya telah berubah menjadi Muzium Telekom.Telah mencapai usia hampir seabad,bangunan yang dibina pada tahun 1928 ini telah diwartakan sebagai mercu tanda bersejarah oleh Arkib Negara Malaysia.

Bangunan 3 tingkat ini terletak di persimpangan Jalan Gereja dan Jalan Raja Chulan,KL.Dari segi reka bentuknya,bangunan ini memiliki pengaruh gaya seni bina Greek.

Selepas melawat di Muzium Telekom,mereka mencari angin di Taman Tasik Permaisuri.Haura berjalan beriringan bersama Elita.

"Dulu kita pun suka pergi kat sini"kata Elita.Haura mengangguk.

"Best kat sini,tenang je"

Gavin termenung melihat ke arah lain.Dia teringat kenangannya ketika berjogging bersama Amelia.Kenangan yang terindah buatnya.

"Saya nak pergi kat tandas,awak tunggu saya kat sini"kata Haura.Elita mengangguk.

Haura menepuk bahu Gavin untuk menyuruhnya berbual bersama Elita.Gavin mengangguk faham dan berdiri di sebelah Elita.Elita berpeluk tubuh dan tidak memandang Gavin.Come on Gavin say something.

Gavin berdehem.Elita merenung tajam wajahnya.

"Kenapa?"tanya Gavin,bersahaja.

"Takdelah"Elita mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Awak tak suka saya kat sebelah awak ke?"

Elita mengangkat bahunya.Umpama entah.Malas nak bersuara.

"Maaflah sebab dulu saya sentiasa bersama Elmira sampaikan saya tak ambil berat tentang awak.Mungkin sebab tu awak masih marah terhadap saya hinggalah sekarang kan?"

"Stop,saya tak nak dengar apa2 lagi penjelasan daripada awak.Dulu tu saya tak ada selera nak makan pun sebab Alden je bukan sebab awak!"balas Elita untuk menafikan.

Gavin tersengih dan mengangguk.

"Saya akan berusaha untuk buka hati pada awak.."Gavin separuh berbisik.Tetapi Elita masih dapat mendengarnya.Dia terdiam seakan-akan tak percaya apa yang dikatakan oleh Gavin.

"Buka hati?"tanya Elita.

"Erh taklah salah cakap"kata Gavin sambil menggaru kepalanya.Malu kerana terlepas cakap.

"Walau beribu-ribu cara awak cuba nak buka hati pada saya,saya tetap tak akan suka kat awak.Sebab kita berdua dah ada pasangan masing2"balas Elita.Dia menghampiri Haura yang baru sahaja keluar dari tandas awam.Gavin mengetap bibirnya dan menundukkan kepalanya.Entah kenapa hatinya sakit ketika mendengar apa yang dikatakan oleh Elita.Perlu ke aku berputus asa dan terus menunggu Amelia?Persoalan yang timbul dalam fikirannya.

"Kenapa awak katakan macam tu pada Gavin?Huh buat apa nak kisah tentang dia tu ..dia bukan siapa2 pun untuk saya..."bisik hati Elita.

"Elita?"Haura memanggilnya namun Elita masih tidak mempedulikannya.

"Elita?"

"Yes?"

"Gavin kat mana?"

"Entah biarkan jelah dia tu.Dia nak jalan2 sendiri je .Jom kita pergi kat sana"

"Lahh..yeke?Erm yelah jom"balas Haura dengan nada suara yang tak gembira.Elita menyesal meluahkan semuanya pada Gavin.Hatinya juga sakit."Selepas apa yang saya katakan adakah dia masih nak buka hati pada saya?huh..buat apa nak kisah sangat"katanya dalam hati.

Gavin berasa bosan melihat drama cinta yang dipilih oleh Elita dan Haura.Nak je dia berpindah tengok wayang seram(kegemarannya) ,tapi dia membatalkan niatnya untuk menjalankan tugas menjaga Elita.

Tibanya scene sedih,Elita dan Haura menangis.Gavin pula langsung tak berasa sedih malah dia melelapkan matanya.Berpura-pura tidur.Elita menyandarkan kepalanya di bahu Gavin dan sambung menangis.Gavin membuka matanya.Terperanjat melihat Elita.Dia terasa lucu melihat Elita.Comel bila menangis dan marah.Elita terlalu menghayati cerita dalam drama tersebut sehingga dia terpegang tangan Gavin.Pipi Gavin merona merah kerana malu.Gavin menoleh ke arah Haura yang juga sedang menangis.Gavin tersenyum dan mengenggam erat tangan Elita.

"Ayah saya dah benarkan awak kerja kat pejabat dia,besok awak pergi je ok"kata Elita pada Haura.Haura menggangguk dan melambaikan tangan pada Elita dan Gavin.Elita dan Gavin berjalan beriringan.Gavin mencapai tangan Elita dan memegang tangannya.

"Hei!Lepaskan tangan saya!"

Gavin tersengih dan memandang Elita.Dia meletakkan tangan Elita di dadanya.

"Saya takut ada yang ganggu awak.Sebab awak adalah tuan saya dan saya sayang awak"

Mereka saling berpandangan.Elita menundukkan kepalanya dan menarik tangannya dari genggaman Gavin.

"Saya tak percaya.."balas Elita dan berjalan menuju ke keretanya.Gavin mengetap bibirnya.

"Cakaplah pada dia kalau awak suka kat dia,Gavin"bisik hati Haura sambil mereka berdua.