Rambut nya yang panjang disisir ke belakang. Warnanya pula unik dan cantik tak seperti rambut yang dimiliki oleh orang lain. Rambut itu panjang berwarna putih perak seakan-akan helaian benang kristal.
"Cantiknya rambut anak ibu ni."
Mata Litany terbelalak merenung imej wanita di hadapan cermin, berdiri betul-betul di belakangnya. Wajah itu tersenyum manis seraya mengangkat sikat rambut yang entah sejak bila bertukar tangan. Rambutnya disisir wanita itu perlahan.
Entah kenapa wajah itu begitu familiar di benaknya tetapi dia tidak tahu dimana dia pernah bertemu wanita itu. Apakah mereka pernah bertemu?
Dada Litany terus berbahang. Panasnya terasa membakar jiwa. Imej wanita yang tersenyum seketika ke arahnya sebelum menghilang dari fragmen kaca. Litany terpempan.
Dia menoleh pantas. Mencari-cari kelibat wanita itu, namun yang ditemuinya hanyalah dirinya sendiri yang sendirian di kamar itu.
Litany menarik nafas panjang. Wajahnya diraup sekali lalu dengan tangannya. Debaran di hati masih kencang menari-nari. Ya Tuhan.... Apakah benda itu.
Hantukah? Dia meraba-raba kepalanya. Sentuhan lembaga itu di ubun kepalanya terasa benar-benar wujud. Tiba-tiba matanya terpandang bingkai potret besar yang terhias di kepala katil.
Wajah wanita tadi sama persis dengan wanita dalam bingkai gambar itu. Apakah mereka orang yang sama?
....
....
....
Aaahhh...!
Matanya serta-merta terbuka luas. Nafasnya tercungap-cungap. Bingkas Litany bangun. Peluh yang merenik di dahi diseka dengan hujung jari. Pelik sungguh mimpi yang dialaminya sebentar tadi.
Dia cuba bertenang. Nafas diatur sebaik mungkin. Setelah merasa lebih baik dia kembali membuka mata.
Litany diam seketika sebelum mengalihkan pandangan ke luar jendela. Matahari yang baru ingin menampakkan diri di ufuk langit menandakan hari baru menginjak ke pagi yang masih muda.
Dia menunduk melihat ruang katil di sisinya. Malam tadi merupakan malam yang paling tenang baginya setelah malam-malam sebelumnya tidurnya sering terganggu oleh sesuatu yang dia juga tidak pernah tahu apa itu. Bukan manusia juga bukan makhluk ghaib.
Dia meraba ruang di sisinya. Terasa hangat. Litany berfikir sejenak. Entah kenapa dia terfikir seakan-akan semalam ada yang menemaninya tidur di sini. Ahh mungkin hanya perasaan nya saja. Siapa mungkin yang ingin menemaninya tidur selain...ishh apa yang dia fikirkan ni. Dia mengetuk kecil kepalanya. Membuang kemungkinan-kemungkinan yang tak berasas.
Tapi perasaan hangat itu jelas masih terasa. Dia tidak mampu menafikan itu. Seakan-akan dia berada dalam dakapan seseorang. Aah kenapa dia langsung tidak mampu mengingat apa yang dilakukannya semalam? Walau sekuat apa Litany cuba menyelongkar memori nya namun seakan-akan ada sesuatu yang menghalangnya dari mengingat akan satu hal itu. Hal yang seperti terhapus namun tetap meninggalkan jejak iaitu kehangatan itu.
Hufft...mungkin itu juga adalah sebahagian dari mimpinya.
Namun mimpi tentang wanita itu masih belum mampu dia ketepikan. Mimpi itu sampai membuatkan tekaknya terasa haus. Lalu dia mengambil keputusan mencari sesuatu yang boleh dijadikan alas tekaknya.
Sebenarnya dia sendiri tidak tahu apakah perkataan wajar dijadikan istilah yang tepat untuk kejadian yang menimpanya sebentar tadi. Malah dia masih ragu-ragu apakah benar dia bermimpi atau tidak.
Jika benar itu adalah mimpi, kenapa sentuhan itu terasa benar-benar ada? Kenapa haruman yang datangnya dari tubuh wanita itu benar-benar terhidu olehnya? Hmm apakah itu benar ibu?
Sejak kecil dia tidak begitu ingat akan momen momen bersama wanita yang dia panggil ibu itu. Semuanya begitu tidak jelas. Ingatannya seakan-akan dikunci disuatu dimensi. Ohh apakah ada hal seperti itu?
Hanya wajah yang terpotret di dalam bingkai itu yang terus mengingatkannya pada sosok itu. Walau momen kebersamaan mereka tidak pernah jelas dalam ingatannya namun dia tahu yang wanita itu ada. Hanya saja setelah kali terakhir dia bertemu dengan ibunya waktu itu dia masih kecil. Dia tidak tahu kemana ibunya telah pergi. Tidak pernah ada yang pernah menceritakannya akan hal ini. Sehinggalah ke hari ini.
Dia sampai ke tingkat bawah. Sepi. Masih tidak kelihatan walau seorang pun di sana. Mungkin saja masih diulit mimpi.
Dia tidak mempermasalahkan itu. Dia berjalan perlahan menuju ke arah peti sejuk di sudut dapur. Pintu peti ais dibuka, jus epal diambil dan disua ke dalam mulut. Diteguknya sampai tinggal separuh.
"Hmm alang-alang sudah di dapur ni, biar aku masak sekali-sekala pula." dia tersenyum. Idea yang bernas.
Sisa jus yang tinggal sedikit dihabiskan sebelum diletak ke dalam singki. Bahan-bahan makanan dikeluarkan dari kabinet penyimpanan bahan masak.
"Jom masak spageti" semangat sungguh dia menyediakan bahan-bahan yang akan diggunakan untuk memasak.
Begitu ceria sekali dia memasak sampai tidak perasan kehadiran Alwiz yang berdiri di ambang pintu dapur. Alwiz yang melihat itu diam-diam tersenyum.
Wajah ceria itu mengingatkan nya pada wajah tenang gadis itu saat tidur. Sangat cantik. Tapi dia sengaja menghapus ingatan akan hal semalam dari kotak memori gadis itu. Dia tidak ingin kejadian semalam menimbulkan kemarahan gadis itu. Semalam dia hanya ingin mencari sedikit ketenangan. Ya hanya gadis itu obat paling efektif baginya.
Jika tidak dihapus maka boleh jadi dia disepak keluar dari kediaman ini. Mana mungkin dia menginginkan itu.
Alwiz kemudian tanpa suara mendekati Litany. Wajahnya sengaja didekatkan di sisi kepala Litany. Apa lagi terkejut macam tak cukup tanah lah Litany dibuatnya. Nasib sendok tu tak terbang hinggap atas kepala.
"ALWIZZZ!!!" bergema jeritan Litany.
Hahaha. Lucu pula Alwiz melihat wajah terkejut Litany. Mendengar tawa Alwiz itu naik berang Litany. Bahu lelaki itu dipukulnya keras. Sampai mendesis Alwiz dibuatnya namun Alwiz masih dengan tawanya.
"Hah gelak lah. Kalau nak minyak panas ni aku curahkan kat kau hah gelak lah lagi." Mencerlung tajam pandangan Litany. Alwiz tidak jadi lagi meneruskan ketawanya.
"Sorry." Ucap Alwiz. Sempat dia mengelus kecil puncak kepala Litany. Meredah kemarahan Litany.
"Masak apa?" Alwiz melihat ke dalam kuali.
"Spageti" singkat saja Litany menjawab. Kembali dia meneruskan kerjanya yang sempat terganggu oleh Alwiz.
"Nak tolong awak boleh tak"
Litany menggeleng." Takyah. Awak tu mana pandai buat benda ni semua. Reti kejutkan orang aje kut awak pandai"
"Sindir ke puji tu" Alwiz tersenyum. Alolo merajuk lah pula anak sorang tu.
"Aku puji. Hah puas" tajam sungguh jelingan Litany kepada Alwiz, tetapi lelaki itu tidak tersinggung sedikit pun. Alwiz merasa gadis itu semakin comel bila marah.
"Tak cantik tau asyik marah je. Meh sini biar aku tolong" tak sempat Litany membantah bila Alwiz cepat meletakkan jari telunjuk ke bibirnya.
"Takde bantahan, okey" sendok yang tadi masih berada kemas dalam genggaman Litany entah sejak bila sudah bertukar tangan pula di tangan Alwiz.
"Ishh, whatever lah" Litany malas hendak bertekak lebih dia lalu menyambung kerja apa yang patut dan boleh dia lakukan dibantu oleh Alwiz.
Ada juga sesekali Alwiz menyekat Litany dan semua itu tidak luput dari penglihatan Hana. Hana tersenyum manis. Terhibur dia dengan kerenah kedua-dua anak muda itu. Tadi dia berkira-kira ingin memasak di dapur tapi tak sengaja pula melihat momen indah itu. Dia akhirnya hanya diam memerhati.
"Tak sia-sia akak pilih Alwiz tu kan ibu" tiba-tiba muncul Haziq di sisi Hana. Sempat juga Hana terkejut namun dia tersenyum kembali.
"Haah. Ibu dapat lihat kalau Alwiz tu pandai jaga Tany. Lega hati ibu kalau Tany tu nanti akan hidup berumahtangga dengan Alwiz. Ibu boleh nampak Alwiz tu tulus dengan Tany" bisik Hana kepada anak bongsunya.
Haziq mengangguk setuju.
"Tak sabar nak tengok akak pakai gaun pengantin nanti" kali ini bukan suara Haziq tapi Ardan pula yang bersuara. Ardan yang tadi baru turun hairan melihat ibu dan adiknya yang hanya berdiri di depan pintu dapur rupa-rupanya ada pertunjukan menarik. Dia jadi berminat ingin ikut serta.
Sekarang dah tiga beranak tu yang menonton tingkah kedua manusia di dalam dapur itu.