webnovel

Bab 1

Assalamualaikum Encik Izzam, saya dari jabatan kecemasan Hospital PSM nak beritahu bahawa isteri encik Nur Aira Medina telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sebentar tadi. Pihak hospital ingin meminta surat kebenaran dari encik untuk proses pembedahan dgn segera kerana cik Aira mengalami pendarahan teruk di bahagian kepalanya dan perlu segera dibedah.

Waalaikumussalam ya saya Izzam. Apa isteri saya kemalangan!? Allahuakbar baik lah saya ke sana dgn segera.

Aku memecut laju ke tempat hospital sambil mulutku tidak berhenti mengucap kerana tidak percaya Aira terlibat dalam kemalangan. Luruh jantung apabila mendengarkan bahwa dia harus segera dibedah.

Setibanya disana, aku sign kebenaran utk pembedahan dgn segera ke atas isteriku. Melihatnya berlumuran darah buat hatiku hancur berderai. Sabar ya sayang tak lama lagi awak akan pulih.

Doktor dan nurse sedang menjalankan pembedahan ke atasnya. Aku dengan sabar menunggu di ruang menunggu. Hatiku berdebar. Takut akan apa-apa kesan dari pembedahan tersebut.

Selama lebih kurang empat jam berlalu, Doktor memberitahu Aira telah selamat menjalani pembedahan di bahagian kepalanya. Segalanya berjalan dengan lancar. Namun Doktor memberitahu kemungkinan Aira bakal mengalami amnesia akibat hentakkan kuat di kepala dan pendarahan yang teruk.

Aku ucap syukur dan berterima kasih kepada Doktor dan berharap Aira cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.

Chương tiếp theo