323 Strategi Orang Baru

Dịch giả: EndlessFantasy Translation Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Malangnya!" Beberapa pemain profesional mengeluh melihatkan Chaser Tang Rou ditetak.

"Kalau dia gunakan Naga Naik Ke Langit dan bukannya Dragon Tooth, Du Ming mesti dah kena."

"Ya, tangan gadis ini laju! Kalau dia gunakan Naga Naik Ke Langit, mesti kena punya."

"Jadi, dia memang pemain baru? Dia tak gunakan satu serangan tahap 40 ke atas pun. Memang malang sekali…"

Para penonton pula menyangka yang Tang Rou akan dibelasah oleh kombo selepas terkena Sword Draw. Tiada sesiapa menyangka dia mampu melakukan Quick Recover selepas terkena Tetakan Phoenix Mendarat.

Pemain yang terkena Tetakan Phoenix Mendarat akan jatuh bagaikan tahi bintang yang laju. Tetapi dengan menggunakan Quick Recover dan menyerang balas, Tang Rou berjaya menekan Du Ming pula.

"Ah, kenapalah dia tak gunakan Naga Naik Ke Langit!" Chen Guo adalah pemain berpengalaman dan dia tahu yang serangan itu sepatutnya digunakan.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

avataravatar
Chương tiếp theo