340 Para Dewa Meletus

Dịch giả: EndlessFantasy Translation Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Tembakan Rawak merupakan kemahiran Bos Liar Blood Gunner Yagg. Bagi para pemain pula, ia kemahiran kelas Sharpshooter tahap 60.

Jika dibandingkan dengan Tembakan Rawak bos, Tembakan Rawak dari Zhou Zekai berkali-kali lebih mantap.

Tembakan Rawak Blood Gunner sememangnya bercelaru, tetapi tembakan Zhou Zekai lebih teratur. Dia bukan sahaja dapat menembak dengan tepat, malah dia dapat melepaskan Delivery Gun juga. Ini sememangnya persembahan seorang Dewa.

Disebabkan ini stadium Samsara, peminat Zhou Zekai memang ramai di sini. Melihatkan persembahan yang menakjubkan ini, sorakan yang paling gemuruh buat hari ini telah kedengaran.

Bunyi tepukan tangan dan sorakan yang kuat menenggelamkan bunyi siaran. Bagi pihak penyiaran pula, mereka sangat gembira kerana mereka sememangnya mahu melihat penonton teruja.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

avataravatar
Chương tiếp theo