419 Ia Tidak Semudah Itu

Dịch giả: EndlessFantasy Translation Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Ye Xiu sebenarnya tidak biasa berinteraksi dengan peminat. Dia menganggap ia adalah satu keajaiban kerana mempunyai begitu ramai peminat biarpun selepas menyembunyikan identiti. Ye Xiu tidak tahu bagaimana hendak bertindak balas apabila menghadapi peminat yang teruja sekarang ini. Dia hanya mampu berkata "Hai" sahaja.

"Saya peminat setia kamu! Kamu mesti kembali ke kancah profesional!" kata Forest Landscape.

"Sudah pasti," jawab Ye Xiu.

Forest Landscape membisu selepas itu. Biarpun berhadapan dengan idola pujaannya, dia tidak tahu hendak berkata apa lagi.

"Kamu nak buat apa sekarang?" tanya Chen Guo.

"Mestilah naikkan tahap!"

"Mari kita bentukkan pasukan. Saya akan bantu kamu," kata Chen Guo sambil menghantar Ye Xiu jemputan.

"Kalau kamu berdua yang membantu… rasanya lagi cepat saya naikkan tahap seorang diri…" kata Ye Xiu.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

avataravatar
Chương tiếp theo