151 Diselubungi Perasaan Cemas

Dịch giả: EndlessFantasy Translation Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Maple Tree melihat dengan teliti pada kumpulan penyamun di hadapannya. Selepas seketika, dia menjerit: "Mana bahagian tengahnya!?"

Kesemua 12 orang penyamun sedang berdiri dalam satu barisan. Di tengah-tengah pertarungan, keadaan menjadi huru-hara. Lord Grim dan rakan-rakannya juga akan bercampur dengan kelompok penyamun itu sewaktu bertarung. Maple Tree memerhatikan selama lebih satu minit, tetapi tidak melihat sebarang tanda di manakah bahagian "tengah-tengah" dalam keadaan huru-hara itu.

"Tengok saya menyerang," suara seorang gadis kedengaran. Maple Tree tidak tahu sama ada suara itu datang dari Soft Mist atau Cleansing Mist. Tetapi dia segera melihat Cleansing Mist berlari, melompat, berpaling kemudian menembak. Dengan momentum daripada tembakan itu, dia juga telah sampai ke atas tingkap batu sekarang.

"Kamu nampak tak?"

"Hah?" Maple Tree bingung.

"Tempat yang saya baru tembak tadi!"

"Peluru kamu tadi?" tanya Maple Tree.

"Ya!"

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

avataravatar
Chương tiếp theo