webnovel

ajsks

[Teen Fiction+Mystery+Action+Romance] Hidup bergantung pena. Hidupnya seakan-akan tiada tujuan. Dia cuma menjaga, dan akhirnya perlu melepaskan dirinya. Tapi, tidak semudah itu. Bait-bait bagi setiap ucapan mereka, telah mengubah persepsi mereka antara satu sama lain. Senekad mana pun mereka, tapi siapalah mereka untuk menghalang diri dari terjerumus ke alam cinta. -"Dia tidak akan berhenti sehingga kau aku mati" Status:On Going

hmyzh_ · Võ hiệp
Không đủ số lượng người đọc
26 Chs

20

"This is what we call. Fun." ujar Aulia sambil bergerak keluar. Kedengaran beberapa bunyi tapak kasut yang sedang berlari pantas dari arah keluar.

Aulia terus berlari pantas, dan bila sahaja dia berhadapan dengan sekumpulan lelaki suruhan Merlina, dalam 7, 8 orang macam tu, dia terus melompat, dan menendang dada lelaki yang paling hadapan itu. Ada yang terdorong ke belakang.

Ada satu dua orang datang mendekat dengan membawa pemukul. Aulia tidak teragak-agak menendang kepala dua lelaki itu serentak guna kaki kanannya. Dua dari arah bertentangan pula datang, Aulia terus menendang kedua dua kaki lelaki itu. Jatuh lagi!

Satu orang dari arah belakang memeluknya erat, hampir Aulia tidak boleh terlepas, tapi dia terus menarik kepala lelaki itu, dan menjatuhkan lelaki itu ke lantai dari depan. Smack down!

Satu orang lelaki itu pula sedang menarik picu pistolnya. Picu dilepaskan dan Aulia sempat menendang peluru itu sehingga kepala lelaki itu terkena oleh peluru. Mati!

Bila Aulia melihat sekelilingnya, mereka semua telah tidak sedar. Pelik. Kuat sangat ke aku pukul tadi? Arh, lantaklah. Aku kena lari dulu. Aulia terus berlari, dan larinya terhenti apabila dia mendengar satu tepukan dari seorang gadis yang berhadapan dengannya itu.

"Wow! Pro rupanya. Ingatkan cuma seorang gadis yang menjual rupa sahaja. Rupanya ada kemahiran juga. Kau ni, bukan calang-calang orang rupanya, Aulia!" kata Merlina sambil tersenyum. Rambut Merlina diikat tinggi. Merlina memakai sut hitam yang ketat.

Di belakangnya ada satu orang lelaki berbaju kot, memegang senjata TMP.

"Kau nak apa dari aku!" tanya Aulia kepada Merlina

"Wah, akhirnya kau tanya juga aku. Aku nak kau bagitahu keberadaan kakak kau, dan kau aku akan lepaskan. Jangan risau. Aku tak mungkir janji. Tapi, kalau kau nak stay dengan aku pun boleh. Aku perlukan pakar hacker dalam hal ni."

"Kau nak apa dari kakak aku. Kenapa kau nak sangat ganggu dia!"

"Dia akan jadi bahan eksperimen King. Aku tak nak dia dalam bahaya, tu je. Kalau kau nak tahu, ayah kau King yang culik. Sebab, dia tak nak ayah kau tu ganggu eksperimen dia terhadap kakak kau." Merlina bersuara kendur

"Kenapa kau mesti peduli tentang kakak aku? Sedangkan dia boleh jaga diri dia sendiri?!" tanya Aulia

"Aku nak tolong korang je. Itu je. Lagipun, dengan taktik aku ni, mungkin King boleh percaya, dan dia akan lepaskan ayah kau. Sebab, dia rakan sekerja aku. Kitorang rapat." beritahu Merlina bersungguh-sungguh

Aulia terus terdiam. Dia berfikir sejenak, sebelum dia mengangguk.

"Okay. Aku bagitahu kakak aku dekat mana. Tapi, dengan satu syarat." Aulia terus mengadakan satu perjanjian

Merlina cuma menaikkan keningnya.

"Orang suruhan kau kena ikut aku. Aku takkan percaya kau seratus peratus." setelah Aulia berkata, Merlina terus tersenyum

"Ok. Deal." ujar Merlina

***

Megat dan sekumpulan yang mengikut perkhemahan itu telah pun balik pada dua minggu yang lepas. Megat dan beberapa orang rakannya bercadang untuk berjumpa di warung tempat biasa mereka selalu berkumpul.

Tiba di warung, mereka cuma mengambil pesanan sambil berbual kosong.

Megat tidak berhenti berfikir tentang keberadaan Aulia. Yes. Memang betul dia cintakan Aulia. Tapi, rasanya Aulia tidaklah mempunyai perasaan yang sama dengannya.

Telefon Ikha berbunyi. Mata mereka bertiga nampak sembam kerana asyik menangis semalaman.

Nombor yang tidak dikenali.

"Hello?" ujar Ikha

"Aulia!" jerit Ikha, mengejutkan rakan-rakannya yang lain, Megat pula terus merampas telefon itu

"Weh, kau kat mana?!" jerkah Megat

"Aku dekat suatu tempat. Korang semua jangan risau. Berhenti arahkan polis untuk terus cari aku." ujar Aulia

"Ok. Kitorang akan ikut apa kau cakap. Tapi, dengan syarat bagitahu kitorang, kau buat apa sekarang!" arah Megat

"Aku perlu selesaikan suatu hal. Ok. Nanti aku call lagi." ujar Aulia sebelum dia mematikan panggilan

"Aulia. Aulia!" jerit Megat tidak menghiraukan orang yang memandangnya

"Wei, dia kenapa??" tanya Nabila

"Dia kata dia perlu selesaikan sesuatu, dan kita perlu berhenti lapor pada polis tentang hal ni." balas Megat

"Ha?! Jadi..."

"Ikha, kau cari lokasi dan keberadaan Aulia. Sekarang!" kata kata Nabila dipintas oleh Megat. Laptop di atas meja dibuka oleh Ikha. Kod-kod hack berkaitan lokasi ditaip.

Bila Ikha berjaya hack satelit dan menjumpai lokasi Anah, dia terus memberikan maklumat itu kepada Megat

"Dah jumpa!" ujar Ikha. Megat terus menarik laptop itu, dan melihat ke lokasi yang tertera.

"Okay. Korang semua tunggu sini. Just make sure lokasi dia tetap dan tak berubah. Ikha hantar lokasi Aulia melalui GPS." ujar Megat

"Tak. Kitorang ikut kau."

"Aku naik motorbike, Fizah! Bukan naik kereta besar!" ujar Megat sebelum motornya terus meluncur laju ke jalan raya

"Kau dah send ke, Ikha?" tanya Nabila

"Dah. Doa je, semoga dia jumpa Aulia." ujar Ikha

"Kakak dia tak jawab telefon ke?" tanya Fizah

"Tak. Dia tak jawab." ujar Nabila sambil membuat raut wajah tak puas hati

"Ikha, kau boleh hack lokasi kakak dia ke?"

"Tak. Aku tak tahu sangat tentang kakak dia. Yang aku tahu, nama kakak dia Fara Farhanah Humaira." balas Ikha

"Dengan nama je tak boleh?" tanya Fizah

"Aku cuba nanti." balas Ikha, perlahan sebelum dia mengeluh

***

Syam tidak tahu yang Anah akan menyambut hari jadinya. Perut Syam berbunyi. Anah kata, Syam tak boleh keluar dari biliknya, selagi Anah tak mengarahkannya.

Tapi, Anah tidak percaya akan janji lelaki itu, dia terus mengunci Syam di dalam bilik. Syam pun turut tertanya-tanya, kenapa Anah bertindak sebegitu. Dia ada buat salah ke?

Anah kini sedang membuat sebuah kek hari jadi Syam. Syam kata hari ini, sepatutnya hari jadi dia. Tapi, keluarga dia dah tak ada. Jadi, dia memang dah lama tak sambut hari jadi.

Kek vanilla dicampur dengan strawberi terhidang mewah di atas meja. Dia telah membuat mee goreng, roti sardin, dan satu jus carrot susu.

Dia belajar dari mana ni, pun dia tak tahu. Korang semua doakanlah dia ni, supaya cepat sembuh. Apabila makanan sudah siap terhidang, Anah terus menutup langsir sehingga hanya lilin pada kek itu yang terserlah.

Anah meletak kertas dari ruang bawa pintu itu, sebelum dia membuka kunci bilik itu, dan berlari menuju ke ruang tamu.

Syam di dalam bilik, membaca kertas yang ditulis oleh Anah itu.

Ok, pergi ke ruang makan! ^^

Syam terus tersenyum. Tombol pintu dipulas, sebelum pintu dikuak. Gelap? Tak pun. Mata dia special sikit.

Dia pergi ke dapur, dan matanya terus melihat lilin yang ada diatas kek itu.

"Suprise!" ujar Anah sambil membuka langsir itu kembali. Silau.

Syam terkejut, tapi masih menahan dirinya dari menunjukkan ekspresinya yang sedang terkejut itu.

"Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Azlisyam! Happy birthday to you! Yeay!" Anah merakam Syam menggunakan kamera Syam

Hadiah dari Anah dihulur kepada Syam.

"Apa ni?" tanya Syam sambil membelek-belek kotak itu

"Adalah! Mana boleh tahu." ujar Anah riang sambil tangannya masih merakam Syam, membuatkan Syam tersenyum

"Ok. Thank you, Maira." ujar Syam kepada Anah sambil tersenyum

"Most welcome. By the way, Anah." Anah membetulkan panggilan yang diberikan oleh Syam itu

"Maira." Syam menggeleng sambil tersenyum

"Ha, okay. Tiuplah lilin tu!" arah Anah, apabila lelaki itu terus memandangnya. Aduh, blushing lagi! Anah, kau memang senang jatuh cinta ke?

Syam terus meniup lilin itu, dan Anah menepuk tangan.

"Jangan buka hadiah tu sekarang, ok!" bagitahu Anah, apabila Syam membelek- belek bungkus hadiah itu

"Ye tahu. Aku tak gelojoh macam kau! Buka iphone pun di depan orang ramai." ujar Syam sambil duduk membuatkan Anah tersengih

"Maira." panggil Syam sambil memandang Anah. Anah terus menoleh

"Kau tahu tak, kenapa aku tak nak panggil kau Anah?" tanya Syam, dan Anah hanya menggeleng

"Aku panggil kau Maira dan bukan Anah, sebab..."

"Sebab...?" soal Anah kembali

"Sebab nama kau memang Mairalah." setelah mendengar jawapan Syam, Anah terus memukul bahu Syam kuat

"Eh, sakitlah!" ujar Syam kepada Anah

"Ar, tahu pun sakit! Cakap tu elok-elok sikit boleh tak?" arah Anah

"Eloklah tu. Maira kan memang nama kau."

Anah terus berdiam diri. Walaupun jawapan dia tu macam orang tak ok je, tapi tak apalah. Logik juga. Heh.

"Okay." balas Anah. Syam terus melihat kembali ke arah Anah

"Laaa, marah ke?" tanya Syam

"Buat apa nak marah." ujar Anah sambil menyuap roti sardin ke dalam mulutnya. Aku tengah lapar ni, mana ada masa nak marah! Nanti aku makan mamat ni, baru tahu.

"Dah tu. Jawab ok je."

"Apa? Betullah apa saya cakap. Okay. Kenapa? Nak sangat saya marah ke?" tanya Anah sambil mengunyah

"Tak payah bercakap. Nanti kau tersedak baru tahu." ujar Syam

"Oh, awak ambil berat juga pasal saya ye?" tanya Anah sambil tersenyum, setelah dia telah habis mengunyah

"Taklah. Aku cuma tak suka hantar orang pergi hospital. Nanti kalau aku panggil ambulans, jadi masalah pula." balas Syam

"Kenapa pula jadi masalah?" kening Anah berkerut

"Potong kek tu. Aku nak makan kek." arah Syam kepada Anah

"Awak tak jawab soalan saya lagi."

"Soalan apa?"

"Hish! Yang tadi tu lah!"

"Ada ke awak tanya soalan?"

Hm, lelaki ni kalau aku ambik kek tu, letak kat muka dia, puas dia memang tak boleh bawa bincang!

Anah terus berdiam diri. Menyampah dengan lelaki tu. Nasib aku suka ka... Eh, bukan! Aku benci kau!

"Tak adalah. Aku sebenarnya tak suka ambulans datang, sebab sini kan hutan. Mesti ambulans tu lambat sampai. Nanti kau pula, tak sempat diselamatkan." ujar Syam

Anah terus mengangguk, mendengar kata Syam, sebelum tersenyum. Syam pula terus makan.

Sekarang... aku tahu, kenapa firasat aku selalu tepat kalau berkaitan dengan kau. Sebab, kaulah orang tu Anah.

———

Even i was afraid of you because of your bad side, but it's okay. I will stay here, until you know how much i love you.

To be continue...