webnovel

Darah di tandas

"Oii!.kau nak pergi mana?!soal Mon kasar."Tand-das"Surhan yang tidak membelok kepalanya ke arah Mon.

Mon mengikuti Surhan diam-diam.Mon tersenyum kejam sambil membawa sebilah pisau.pelajar di dalam dorm itu hanya pasrah.Sebenarnya, mereka cuba membantu Surhan yang berada dalam masalah kini.

Apabila Mon mengekori Surhan, Surhan langsung tidak lagi kelihatan.Mon yang bingung patah balik ke dorm semula.Kerana gelap-gelita langit di atas di sekitar bawah.Sedangkan Surhan berjalan turun ke tangga sama sekali tidak takut.

Lisbar mengikuti keberadaan Surhan.

Surhan masuk ke dalam tandas.Surhan membuka tali yang terikat di matanya.Penuh dengan darah kering matanya.Surhan cuba mencuci matanya."Pedasnya"Surhan merasa kepedihan oleh air cucian ke mata.

Lisbar memerhati sekeliling jika ada Mon datang.Memang benar, Mon ditemani oleh Rebor.

"Sini pula kau!"Marah Mon tanpa sebab dengan Surhan.Rober yang melihat luka di kedua mata Surhan, dia terus menatap ke arah lain.Mon membesarkan matanya terkejut melihat luka di mata Surhan.

Kemudian, Surhan pun balik semula.

Mon cepat-cepat membuang air kecil setelah Surhan sudah balik semula ke dorm.

Kemudian itu, barulah muncul Lisbar untuk menemani Surhan ketika hendak naik tangga.

Semua mahasiswa-mahasiswi, masih tidak tahu mengenai Lisbar robot satu itu.

Surhan masuk semula ke dalam dorm.Lisbar mulai menghilangkan diri.Dia menyisip di celah-celah tingkat yang ditutupi oleh tabir yang berdekatan dengan locker Surhan.

Surhan baring semula ke katil.Ketika itu, seluruh pelajar dorm berkumpul ke tempat Surhan sebelum datangnya Mon.

Seorangnya ingin membuka kain di mata Surhan.Ada juga yang menyentuh matanya."Sakit ke Surhan?"Soal seorang itu.Surhan tetap diam.Surhan menganggap mereka semua hanya mencari masalah dengannya oleh kerana itulah dia diam sahaja.

Surhan benar-benar trauma dengan Mon dan pelajar sedor. yang menggelaknya habis-habisan apabila melihat matanya yang begitu seram.

Tidak lama kemudian datanglah Rebor dan Mon.Seluruh pelajar sedorm kemudian duduk di katil masing-masing.Surhan kembali menutup dirinya guna kain.

Masuk Rebor dan Mon dalam dorm.Mon melihat hairan terhadap semua pelajar sedorm dengannya.

"Apasal kamu semua ni!?"Soal Mon sedidikit kasar kepada semua pelajar di dalam dorm.Mereka mulai terdiam.

Mon kemudian melihat ke arah katil Surhan.

Mereka semua pun kemudian tidur.Seluruh bilik asrama ketika itu dimatikan.Hanya bunyi dengkuran dan kipas berputar sahaja ketika itu.

Pukul 3 subuh, Surhan sudah bangun awal.Surhan mengecek di begnya.

Sepasang baju dan seluar kemudian dia keluarkan dari beg tersebut dan kemudian menutup beg itu.Surhan menuju ke tandas.Meskipun baru pukul 3 pagi, dia sudah hendak mandi.

Lalu terbangunlah Mon dari tidurnya disebabkan oleh bunyi orang mengecek beg."Sudah tentulah tu Surhan yang bangun awal-awal sebegini." Marah Mon di dalam batinnya.

Mon juga mengambil pakaiannya dan kemudian menujubke tandas.Hanya mereka berdua sahaja ketika itu di dalam tandas.

Bunyi membuka pintu tandas.Mon tersenyum kejam ketika melihat Surhan yabg sedang mandi perlahan-lahan.Lantai tandas ketika itu licin.

Mon menolak Surhan ke lantai.Surhan jatuh ke lantai.Terikut sekali tali ikatan terbuka.

"Kau ni! Sudah-sudahlah!"Surhan melepaskan geramnya kepada Mon.Mon yang baran, tambahan pula, ketika itu dia ada membawa sebilah pisau di tangannya kemudian menusuk ke tangan Surhan.

Darah menempias di lantai tanas.Seorang asrama yang baru sahaja hendak masuk ke tandas terus terkejut melihat darah-darah yang menempias.Dia terus tidak jadi mandi.

Surhan tersenyum.Mon menjatuhkan pisau ke lantai.Dia tersenyum ketakutan meskipun dia tidak akan dipenjara sama sekali.Sedikit aura pembunuh juga ada pada diri Mon.

Surhan menahan kesakitan di tangan yang terkupas kulitnya itu.Dia ingin menuju ke surau.Kemudian, ramai pelajar perempuan terkejut.Ada juga terjerit.keadaan pukul 4 subuh sungguh kecoh.Mon berada di tandas sedang mandi ketika itu.

"Bagaimanalah aku hendak ambil wuduk."Surhan menangis sambil tangannya dititisi oleh darah.Seorang pelajar perempuan membalut tangan Surhan."Kau ni!Kenapa lembab betul kau!"Rafni rakan sekelasnya marah kepada Surhan.

"Sudah-sudahlah jadi pelajar terbuli di sini,"Kata Arifah rakan sekelas Surhan juga.

"Bagaimana kalau Mon berkuasa di tempat ni?ayahnya kan pengetua di sini?"Surhan menjelaskan kepada mereka berdua.Sambil dia senyum gila.

Chương tiếp theo